JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai sehingga belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas notis panggilan temu siasat diserahkan.
Ia susulan penggunaan nombor pendaftaran 'QPA1' yang bukan didaftarkan atas kereta McLaren miliknya.
Justeru Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata kepada Harian Metro, dia akan meminta bantuan polis bagi mengesan Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang bagi membantu siasatan.
"Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia tidak datang.
"Jadi kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah," katanya.
Beliau percaya Opai masih berada di ibu negara dan menganggap tindakan mengabaikan notis temu siasat itu sebagai mencabar JPJ.
Terdahulu, suami kepada seorang pelakon wanita dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kenderaan bukan 'super car' pada sebuah acara pertunjukan kereta, baru-baru ini.
Menurut laporan sebelum ini, JPJ Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular minggu lalu tampil membuat laporan.
Susulan itu, lelaki terbabit memuat naik satu klip video menafikan dakwaan dia dipanggil pihak berkuasa berhubung kejadian tular itu. - Gempak memetik Harian Metro
Gempak
Mon Jul 03 2023

Erick Jusiang berkata kepada Harian Metro, dia akan meminta bantuan polis bagi mengesan Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang bagi membantu siasatan. - Gambar/ Gempak

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Fatin Afeefa syukur anak masih di bawah jagaannya hingga kes induk selesai
Fatin meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya, Adam Shahz tidak menghadirkan diri ke mahkamah bagi menyelesaikan kes hak penjagaan anak mereka.

Ingkar notis temu siasat, JPJ minta bantuan polis cari suami Fatin Afeefa, Opai
JPJ mengesahkan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai sehingga belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas notis panggilan temu siasat diserahkan.

'Tak guna atas jalan pun' - Opai jelas nombor plat 'fancy' pakai masa kahwin
Opai jelaskan, dia tidak menggunakan nombor plat 'QPA1' itu sewaktu memandu kenderaan di atas jalan raya.

Terbongkar Opai bukan pemilik nombor plat McLaren? Fatin Afeefa kongsi keadaan suami di hospital
JPJ Kuala Lumpur menggesa pemilik kereta mewah McLaren tampil membuat laporan selepas tular gambar kenderaan tersebut minggu lalu.

'Tiada niat jatuhkan sesiapa' - Dikecam hina kereta, suami Fatin Afeefa jelas perkara sebenar
Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai akhirnya tampil menjelaskan serta memohon maaf berhubung tindakannya itu.