Inisiatif kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk memajukan industri filem tempatan di peringkat antarabangsa mendapat pujian penggiat filem Indonesia.
Penerbit dan pengarah terkemuka Indonesia, Helfi Kardit berkata kerajaan Malaysia prihatin dan peka untuk membantu membangunkan industri filem dengan mengetengahkan produk dan karya ke European Film Market (EFM) Berlin yang sedang berlangsung.
"Kalian (anda) sangat beruntung kerana mendapat sokongan kerajaan. Kami sendirian, atau perlu bergabung bersama production house lain untuk datang ke sini.
"Kami perlu mengumpulkan wang sendiri, dan mereka mewakilkan saya untuk membuka booth yang disewa RM30,000 ini untuk mempamerkan filem-filem Indonesia seperti Broken Hearts, The Martyr, Lantai 13 dan Miracle Death Challenge," katanya ketika ditemui wartawan Malaysia pada Sabtu.
Helmi menjelaskan industri filem perlu mempunyai sokongan dari kerajaan seperti yang dilakukan kerajaan Malaysia dalam usaha memperkenalkan karya dan budaya mereka ke persada antarabangsa.
"Agak sukar untuk mana-mana karya filem tempatan untuk bertapak di festival antarabangsa tanpa penglibatan agensi kerajaan.
"Langkah Finas ini harus dipuji kerana berani mengambil risiko untuk membantu produser memasarkan filem," katanya.
Nada yang sama dilontarkan Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim yang berpendapat tanpa 'tangan' Finas, perjalanan seni industri filem tempatan ke peringkat antarabangsa agak sukar dan berliku.
Menurutnya penerbit filem tempatan perlu menembusi pasaran antarabangsa namun memerlukan kerjasama kerajaan untuk menjayakannya memandangkan pelbagai cabaran menanti seperti kos yang tinggi selain perlunya kenalan atau hubungan yang kukuh dengan pemain industri antarabangsa.
Sementara itu, Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan berkata produser tempatan perlu menggunakan kesempatan yang diberi kerajaan dalam mempromosi filem Malaysia ke luar negara.
Melihat kepada wujudnya peningkatan dalam penerimaan masyarakat antarabangsa pada filem tempatan, Md Afendi berkata Finas sememangnya perlu menggerakkan industri ini supaya terus berpeluang bertakhta di pasaran asing.
"Saya harap lebih ramai lagi produser tempatan tampil menyertai festival ini kerana kita bersedia membantu mereka untuk memasarkan karya seni mereka.
"Mereka rugi jika hanya ingin mencipta filem untuk pasaran tempatan kerana kita boleh bantu mereka memasarkan produk ke pasaran Asia, Eropah, Timur Tengah dan lain-lain," katanya.
EFM adalah antara pasaran filem terbesar di dunia dan platform pertemuan pemain industri utama dunia bagi filem antarabangsa.
Festival tahunan ini juga merupakan pameran perdagangan yang mengumpulkan pengedar, pembeli filem,, pengeluar, pembiaya dan agen pengeluaran bersama.
Festival ini diadakan serentak dengan Festival Filem Antarabangsa Berlin juga dikenali sebagai Berlinale, yang merupakan salah satu festival filem terkemuka di dunia dan terkenal dengan pelbagai acara membabitkan industri filem antarabangsa.
Bernama
Sun Feb 10 2013
![Indonesia puji Malaysia bantu majukan industri filem Indonesia puji Malaysia bantu majukan industri filem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/71360469969_120x90.jpg)
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Indonesia puji Malaysia bantu majukan industri filem Indonesia puji Malaysia bantu majukan industri filem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/71360469969_120x90.jpg)
Indonesia puji Malaysia bantu majukan industri filem
Inisiatif kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk memajukan industri filem tempatan di peringkat antarabangsa mendapat pujian penggiat filem Indonesia.