BIARPUN bertudung, itu bukan halangan untuk gadis ini mengejar cita-citanya untuk bergelar ahli gusti!
Dikenali sebagai Nor 'Phoenix' Diana, 19, kini menjadi tumpuan netizen kerana imejnya yang kelihatan seperti tidak sepadan dengan sukan yang diceburinya.
Di luar pengetahuan umum, Diana mula menceburi bidang lasak sejak berusia 14 tahun lagi.
Minat dalam sukan itu semakin bercambah berikutan kegemarannya bermain permainan video gusti bersama adiknya.
“Ketika berusia 15 tahun, saya mula mencari persatuan gusti Malaysia dalam talian dan saya terjumpa MYPW yang sebelum ini dikenali dengan nama Persatuan Gusti Malaysia.
“Saya memutuskan untuk menyertai dan berlatih bersama mereka bagi merealisasikan impian saya sebagai penggusti profesional,” ujarnya ketika ditemubual portal The Sun Daily.
Memilih nama Phoenix sebagai nama pentas, panggilan itu tercetus apabila pergi ke kedai pakaian terpakai dan membeli seluar serta topi kulit untuk dipadankan bersama baju.
“Ketika itulah jurulatih memberi arahan untuk membawa watak seolah-olah Phoenix. Pada masa yang sama jurulatih memberi saya topeng luchador untuk dikenakan,” ujarnya lagi.
Berkongsi satu foto meraikan kemenangannya di Instagram, Diana berjaya merangkul gelaran Wrestlecon Champion setelah tiga tahun berhempas-pulas.
“Saya ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong saya dan MyPW.
“Apa langkah seterusnya? Ini baru sahaja permulaan. Tidak ada orang yang belum tahu apakah kemampuan sebenar Nor ‘Phoenix’ Diana. Inilah juara baru, permulaan kepada satu era baru,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.
Diana sebelum ini pernah bergusti sambil memakai topeng untuk menyembunyikan wajahnya sebelum mendedahkan identitinya kepada umum pada tahun 2018.
Gempak
Tue Jul 09 2019
Sejak usia 14 tahun lagi, Diana sudah mula menceburi aktviti lasak.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Tinjauan MAS berkaitan ubah pakaian ikonik kebaya cetus kritikan
MAS mahu membenarkan pramugari yang memperagakan kebaya ikonik memilih untuk berhijab ketika bertugas.
Mahkamah EU putuskan majikan boleh pecat pekerja berhijab
Mahkamah berpendapat ia selari dengan peraturan umum syarikat yang melarang penggunaan simbol agama secara jelas di tempat kerja.
"Giliran cari akhirat pula, dunia sudah puas dikejar" - Syahrini bicara soal hijrah
"Apa sahaja yang ada pada kita hari ini dengah mudah boleh saja diambil oleh Allah pada bila-bila masa."
Amylea berhijab demi hormati Ramadan, mahu perbaiki diri dahulu
Amylea Azizan akui bertudung sempena menghormati kedatangan Ramadan kali ini.
'Saya tak nak umum secara rasmi' - Sudah berhijab? Ini komen Amyra Rosli
Amyra menyerahkan kepada umum untuk memikirkan sama ada imej terbabit untuk watak Dhiya dalam drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan atau sebaliknya.
Hanya kerana berhijab, penyertaan Noor Alexandria dalam maraton terbatal
Seorang gadis terkejut apabila penyertaanya dalam larian maraton dibatalkan gara-gara berhijab.
Hijab bukan alasan kenapa Diana tidak boleh bergusti
Kuasa wanita!
"Teruskan Istiqomah" - Peminat beri sokongan Luna Maya berhijab
Cantik Luna Maya bertudung!
'Saya sedang belajar, doakan saya' - Siti Sarah
Penampilan terbaru penyanyi Siti Sarah selepas pulang dari mengerjakan ibadah Umrah Ramadan lalu mengundang tanda tanya.
"Demi Allah, demi bapak, saya hadiahkan hijab Ini" - Norish Karman
Pelakon Norish Karman akhirnya mengumumkan dia telah berhijab sepenuhnya pada 23 Februari lalu.