AKTRES jelita Amyra Rosli memilih untuk tidak menghebahkan mengenai penampilan berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Makkah.
Jelas Amyra, dia menyerahkan kepada umum untuk memikirkan sama ada imej terbabit untuk watak Dhiya dalam drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan atau sebaliknya.
"Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung.
"Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan.
"Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri.
"Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di tanah suci biar saya teruskan," katanya kepada Gempak.
Amyra ditemui usai program Meletop Special di Astro, Bukit Jalil malam tadi.
Tambah isteri kepada aktor Amar Baharin ini, dia akui berasa selesa semasa mengenakan tudung.
"Saya berasa sangat selesa ketika bertudung. Untuk penggambaran drama ini sendiri memerlukan saya mengenakannya dan selepas itu saya terus mengerjakan ibadah umrah," ujarnya lagi.
Selain Amyra, drama bersiri terbaru, Cemburu Seorang Perempuan yang menghiasi slot Dramavaganza ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Amar Baharin, Emma Maembong, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nazrief Nazri dan ramai lagi.
Dramavaganza merupakan slot drama terbaru yang menghiasi Astro Ria dan Ria HD dan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Diarahkan oleh Eyra Rahman, drama bersiri ini merupakan adaptasi novel berjudul sama karya Siti Hazneza Abdul Hamid.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan di slot Dramavaganza mulai 29 Oktober 2019, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)!
Gempak
Wed Oct 30 2019

Amyra, isteri kepada Amar Baharin, mengakui berasa selesa semasa mengenakan tudung. - Foto Astro GEMPAK
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir
Kejutan demi kejutan berlaku, drama rantaian fenomena Rindu Awak Separuh Nyawa mengungguli carta drama Malaysia bagi tahun 2021.

'Saya tak nak umum secara rasmi' - Sudah berhijab? Ini komen Amyra Rosli
Amyra menyerahkan kepada umum untuk memikirkan sama ada imej terbabit untuk watak Dhiya dalam drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan atau sebaliknya.

Peminat tidak sabar setelah tonton trailer 'Tombiruo: Penunggu Rimba'
Belumpun filem adaptasi novel 'Tombiruo: Penunggu Rimba' ditayangkan, peminat sudah memberikan reaksi positif terhadap karya berkenaan.

Tombiruo: Farid Kamil berdepan cabaran untuk hidupkan watak Amiruddin
Farid Kamil menyahut cabaran untuk berhadapan dengan jangkaan pembaca novel dalam menghidupkan watak Amiruddin menerusi filem terbaharu terbitan Astro Shaw.