Penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini memuat naik satu video di media sosialnya sebagai tanda sokongan untuk perlawanan akhir kedua menentang Vietnam di Hanoi malam ini.
"Hi Hi Harimau Malaya. Who's number one, Harimau Malaya.
“Siapa yang terbaik Harimau Malaya. Kepada Harimau Malaya all the best," katanya menerusi akaun Instagramnya, @ezlynnariffin hari ini.
Ezlynn juga berharap pasukan Kebangsaan dapat mempamerkan aksi penuh keyakinan dan seterusnya meraih kemenangan menjulang Piala AFF Suzuki 2018.
"Kami semua bersama anda sehingga ke tangga kejayaan. Go go go Harimau Malaya," katanya.
Sebagai rakyat Malaysia, dia juga berbangga dengan pencapaian Harimau Malaya pada kejohanan bola sepak tersebut.
"Semoga Allah permudahkan semua urusan you all. Aminnn.. semoga kemenangan berpihak kepada Harimau Melaya," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi