Sembilan tahun selepas kematiannya pada usia 28, penonton akan dapat melihat kehidupan pelakon Australia, Heath Ledger, dari sisi yang berbeza menerusi kanta kamera peribadinya.
Filem dokumentari “I Am Heath Ledger” menggunakan arkib video yang dirakam oleh Ledger sendiri berhubung kehidupan dan kerjayanya.
Dokumentari itu dilancar untuk menyambut kejayaan pelakon muda berkenaan yang pernah menarik perhatian dunia Hollywood melalui wataknya dalam filem Brokeback Mountain dan The Dark Knight.
Filem itu juga bertujuan untuk mengatasi persepsi yang berlarutan dalam kalangan masyarakat - yang menyangkakan Ledger mengalami tekanan hidup yang dahsyat.
Pada tahun 2008, berita kematian Ledger mengejutkan dunia Hollywood, kerana disebabkan pengambilan ubat penahan sakit, kebimbangan dan ubat insomnia melebihi dos.
“Dia sangat bahagia dan mencintai kehidupannya. Dia hanya bergelut dengan beberapa 'syaitan' (dalam hidupnya), tetapi dia sepatutnya bergerak ke hadapan, " kata pegawai Hollywood Ledger, Steve Alexander dalam dokumentari itu yang dilancarkan di Festival Filem Tribeca minggu ini.
“Daripada menyentuh mengenai kematiannya pada Januari 2008, filem itu menggunakan arkib video Ledger dan temu bual dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk meraikan kehidupan Heath dan untuk menceritakan kisah artis serba boleh ini," kata pengarah dan penerbit, Derik Murray.
Dokumentari ini turut menggambarkan Ledger sebagai seorang pencinta alam yang rindukan pengembaraan, seorang yang murah hati dengan kawan-kawannya, dan seorang yang mempunyai pelbagai bakat.
Agensi
Wed Apr 26 2017
Sembilan tahun selepas kematiannya pada usia 28, penonton melihat kehidupan Heath Ledger dari sisi yang berbeza. - Reuters
Temui karakter kandungan Astro di Home Of Kids
Astro selaku syarikat peneraju kandungan dan hiburan membawakan semula Home of Kids, sebuah acara yang membawa pengalaman riang kepada kanak-kanak dan seisi keluarga.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
Tsunami 2004: Selepas 20 tahun, trauma masih menghantui
Warga Kuala Muda yang menjadi mangsa tragedi tsunami 2004 berkongsi kisah ketika hari kejadian dan bagaimana sehingga ke hari ini trauma itu masih menghantui mereka.
Indonesia bunyikan siren, kenang 20 tahun tragedi
Bagi memperingati lebih 220,000 mangsa terkorban dalam bencana tsunami yang melanda negara-negara sekitar Lautan Hindi 20 tahun lalu, siren dibunyikan di sebuah masjid di banda Aceh, Indonesia, pagi ini.
38 disahkan terkorban dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Antara mangsa, 23 daripada 37 adalah warga Azerbaijan yang berada di dalam pesawat, maut, manakala 14 lagi selamat.
PM Anwar mahu lebih banyak produk pelancongan papar kisah legenda, sejarah tempatan
Anwar kagum dengan kreativiti Dream Forest Langkawi dalam mempamerkan keunikan Pulau Langkawi dan memaparkan legenda serta mitos tempatan, yang merupakan sebahagian daripada warisan negara.
Telegram, WeChat mula proses pelesenan, MCMC puji usaha tingkat keselamatan siber
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Situasi di Hospital Kamal Adwan di Gaza amat berbahaya, kata pengarah
Dr Hussam berkata tentera pendudukan itu menyasarkan petugas dan pesakit yang cuba bergerak keluar dari hospital, sambil menekankan bahawa situasi itu sangat berbahaya.
Sistem Japan Airlines alami serangan siber, ribuan pelanggan berdepan kelewatan
Syarikat Penerbangan Jepun, Japan Airlines (JAL) mengesahkan bahawa sistem elektroniknya mengalami serangan siber hari ini. Memetik laporan Reuters, serangan yang bermula sekitar 7.24 pagi Isnin waktu tempatan itu telah menyebabkan kelewatan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa.
Israel umum bina pos tentera di Bukit Golan
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan bahawa pihaknya berhasrat membina pos tentera dalam zon penampan yang telah dinyah tenterakan di Bukit Golan, Barat Daya Syria.
Heath Ledger papar sisi berbeza dalam filem dokumentari baharu
Sembilan tahun selepas kematiannya pada usia 28, penonton melihat kehidupan pelakon Australia Heath Ledger dari sisi yang berbeza menerusi kanta kamera peribadinya.