BEKAS penerbit filem Hollywood, Harvey Weinstein, dijatuhi hukuman penjara 23 tahun selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan merogol dan melakukan serangan seksual.

Weinstein didapati bersalah dalam perbicaraan mahkamah New York bulan lalu, sekali gus memuktamadkan hukuman terhadap figura ‘penting’ dunia Hollywood ini.

Weinstein, 67 tahun tampil di mahkamah pada Rabu dengan alat sokongan berjalan.

Memetik laporan BBC, sebelum ini, peguam bela mengemukakan rayuan agar hukuman dikurangkan dan menegaskan hukuman minimum penjara lima tahun disifatkan sebagai hukuman 'seumur hidup' buat anak guamnya.

Namun, pihak pendakwa berpendapat Weinstein perlu diberi hukuman setimpal akibat perbuatan terkutuknya terhadap wanita.

BACA: Enggan lakon watak ranjang, Salma Hayek dakwa Weinstein ugut bunuh




Buat pertama kali, Weinstein pada Rabu memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia menyesali perbuatannya dan menyifatkan dirinya 'keliru' dengan apa yang terjadi sebelum ini.

BACA: Harvey Weinstein mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan baharu

Terdahulu, puluhan wanita dilaporkan memberi keterangan mengenai tuduhan salah laku seksual termasuk tuduhan rogol terhadap Weinstein sejak Oktober 2017.

Weinstein bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.