Tidak dipastikan siapakah yang memulakannya namun sebuah tweet tersebar meluas sejak semalam, mendakwa penyanyi berusia 21 tahun itu merogol gadis tersebut semasa dalam konsert jelajah di Hong Kong pada 26 Mac lalu.
Khabarnya mangsa sedang bersedih dan tertekan dengan berita penarikkan diri Zayn Malik dari One Direction. Harry didakwa menawarkan diri untuk memujuk dan menenangkan gadis itu.
Sebuah tweet yang dimuat naik kira-kira 12 jam lalu yang kononnya menunjukkan pesanan teks antara mangsa dan pihak kedua yang menceritakan tentang dakwaan rogol itu.
Muat naik itu turut menyatakan Harry berasa bersalah atas ‘perlakuannya’ dan cuba menebus kembali dengan memberikan wang tunai.
"Dia akan memberi saya duit dan tiket konsert jika saya boleh memaafkan dan menutup mulut saya," ujar muat naik itu.
Apabila pertuduhan kepada penghibur popular itu mula tersebar meluas, para peminat lantas mewujudkan hashtag #weknowtherealharry bagi menyangkal dakwaan berkenaan.
Dalam tempoh 10 jam, ia menjadi topik trending seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Kebanyakan tweet ini mempamerkan sifat baik Harry yang dilihat dan dikumpulkan oleh para peminatnya.
Para 'Directioners' dari Malaysia juga tidak terlepas untuk berdiri di belakang bintang pujaan mereka itu di laman Twitter.
Sehingga artikel ditulis, identiti penghantar mesej masih belum dikenal pasti. Banyak pihak menganggap khabar angin itu sebagai satu spekulasi tidak berasas dan berniat untuk mencemar nama baik Harry.