Pengarah Festival Filem Asia Jogja-NETPAC, Budi Irawanto yang mengulas filem terbaru arahan U-Wei Haji Saari “Hanyut” meletakkan filem tersebut sebuah filem yang kaya dengan alegori budaya, namun memiliki dasar penceritaan yang kukuh.
Hanyut membuka gelanggang Festival Filem Asia Jogja-NETPAC yang berlangsung di Jogjakarta malam tadi.
Bersesuaian dengan tema festival iaitu “Altering Asia”, filem itu menurutnya diolah oleh U-Wei dengan cara pandangan baru terhadap Asia yang jauh dari kecenderungan “nativistik” dan “nasionalistik” berbanding karya awalnya, Kaki Bakar (1997) dan Jogho (2002).
Tambahnya lagi, U-Wei tidak menjadikan Almayer, watak utama dari novel tulisan Joseph Conrad itu sebagai asas penceritaan, sebaliknya membawa penonton menyelami watak-watak wanita dalam filem tersebut.
“Begitu cerita bergerak, penonton secara perlahan disedut ke dalam pemikiran Mem, Nina dan Tamina. Dan di penghujung cerita, penonton baru menyedari bahawa watak Almayer semakin merosot menjadi watak yang tidak lagi penting.” ulas Budi seperti yang tersiar di laman web festival tersebut.
Jelas Budi lagi, Hanyut merayakan ketokohan perempuan dalam dunia Melayu yang dikuasai kaum lelaki.
Paling menarik apabila Budi merasakan landskap alam dan fizik dalam Hanyut mengandungi kiasan budaya yang mengakar dalam skrip filem tersebut.
“Bahasa dalam Hanyut digunakan secara cerdik untuk mengukis identiti keMelayuan. Pantun tidak hanya sebagai pengangkat linguistic dalam pergaulan seharian masyarakat Melayu, tetapi sekaligus pengangkat naratif dalam mengakar dalam cerita Melayu.” tambah Budi lagi.
Ditulis berdasarkan novel pertama Joseph Conrad berjudul “Almayer’s Folly”, filem tersebut bercerita tentang Almayer, pedagang dari Belanda yang berjuang untuk hidup di Malaya pada akhir abad ke-19. Impiannya mencari mitos gunung emas ditentang isterinya, Mem, para penguasa dan politik pimpinan tempatan serta pedagang Arab dan digawatkan lagi dengan percintaan anak perempuannya dengan seorang putera Melayu yang menuntut kebebasan.
Diterbitkan oleh Tanah Licin Sdn Bhd, produksi milik U-Wei, filem itu dibintangi Peter O'Brien, Sofia Jane, Adi Putra, Diana Danielle, Alex Komang, Khalid Saleh, Bront Palarae dan ramai lagi.
Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF) merupakan festival filem Asia terulung di Indonesia yang memfokuskan kepada pembangunan wayang di Asia. JAFF bekerjasama dengan NETPAC (Network for the Promotion of Asian Cinema), sebuah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai 30 negara. Badan yang berpangkalan di Colombo Sri Lanka, NETPAC ialah sebuah organisasi filem dan budaya pan-Asian yang meliputi kritik, pembikin filem, penganjur festival filem dan kurator, pengedar dan pempamer serta para penyelidik. Ia merupakan peneraju wayang seluruh Asia.
Hanyut yang menelan belanja lebih RM18 juta dijangka ditayangkan di Malaysia pada tahun hadapan.
Antara komen penonton yang telah menyaksikan filem tersebut malam tadi:
Muzaffar Mustapa
Tue Dec 03 2013
Sofia Jane (kiri) dan Diana Danielle antara pelakon utama filem Hanyut. - Facebook
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Hanyut kaya alegori budaya, dasar cerita yang kukuh - Budi Irawanto
Budi Irawanto meletakkan filem Hanyut sebagai sebuah filem yang kaya dengan alegori budaya, namun memiliki dasar penceritaan yang kukuh.
Ditolak LPF, Jalan Pintas dijemput ke festival filem Jogja-NETPAC
Filem Nam Ron "Jalan Pintas" bakal ditayangkan di Festival Filem Asia Jogja-NETPAC yang akan berlangsung pada 29 Nov hingga 7 Dis depan.