Harrison Ford tidak bersedia untuk bercakap mengenai filem terbaru "Star Wars".

Namun, dia memuji pengarah J.J Abrams yang bakal meneruskan legasi George Lucas itu.

Ford mencipta nama menerusi watak ikonik Han Solo dari francais sains fiksyen popular itu.

Spekulasi menyatakan, Lucas sudah berbincang dengan barisan pelakon asal seperti Ford, Mark Hamill dan Carrie Fisher untuk membintangi sekuel terbaru ini.

Perbincangan itu dilakukan sebelum Lucas menjual hak cipta "Star Wars" kepada Disney.

Dalam siri terbaru, Lucas hanya bertindak sebagai jururunding dan tugas pengarahan diserahkan kepada J.J Abrams.

Ford sedang mempromosikan filem terbarunya, "42" di mana dia membawakan watak Presiden Brooklyn Dodgers, Branch Rickey.