Pelakon Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir dan Mohammad Hanif Mohammaz Zaki sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada pagi Ahad.

Memetik laporan Astro Gempak, majlis pernikahan mereka berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Difahamkan, pihak lelaki telah memberi mas kahwin sebanyak RM1000 berserta tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan, manakala sebelah perempuan membalas sembilan dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Anzalna dan Hanif telah berkenalan sejak 2006 menerusi media sosial dan mula serius bercinta lima tahun lalu.

Di media sosial pula, rata-rata peminat dan rakan selebriti menyampaikan ucapan tahniah mereka kepada pasangan tersebut.



Congratulations @hanif_zaki & @anzalnanasir88. May you have a lovely married life ahead. #HANZALNA

A photo posted by Wan Ariff (@wanariff) on






Congrats to @anzalnanasir88 @hanif_zaki smoga bahagia n kekal until jannah,,,Amiin yra... @sharifahsheena @diyanahzaki #hanzalna

A photo posted by Teuku Putra Aziz (@putraaziz_cosry) on