PELAKON yang mencipta nama menerusi drama Mr Grey, Fendy Bakry akan kembali berlakon bermula 15 Julai ini.

Pelakon tersebut telah berehat selama tiga bulan akibat menghidap penyakit misteri.

Menurut pengurusnya, Fadzil Zahari, pelakon itu masih dalam proses rawatan dan dipantau oleh keluarga dan sahabat terdekat.

"Keadaan Fendy sekarang sudah hampir sihat sepenuhnya, boleh saya katakan tahap kesembuhannya adalah 80 peratus," katanya.

Fadzil ditemui ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Empire Film Solution bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada Rabu lepas.

Dalam pada itu, Fadzil juga menyatakan rasa terkilannya terhadap segelintir pihak yang menyebarkan kenyataan yang tidak benar terhadap pelakon itu, hakikatnya, Fendy sudah semakin pulih.


- Teks : Asraf Aided