USAHAWAN kosmetik, Joy Refva atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin, berharap penyanyi Hafiz Hamidun berhenti memanipulasikan namanya dan masyarakat terhadap kenyataan yang dikeluarkan.
Menurut Joy, tuntutan yang dilakukan di mahkamah adalah jelas dan dia berharap agar pihak Hafiz tidak beremosi dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Saya harap Hafiz tak perlu manipulasi masyarakat dan saya dah puas dimanipulasi oleh dia di media terus menerus, untuk kata saya tidak serius.
"Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas... pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukannya.
"Ini adalah cara yang terbaik untuk selesaikan. Bukan dengan cara licik yang lain. Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai," kata Joy.
BACA: Saya hanya akan bercakap berdasarkan fakta, bukan emosi - Hafiz Hamidun
BACA: Dia masih isteri orang lain hingga 13 Julai lalu - Hafiz Hamidun
BACA: Apa motif Hafiz memanjangkan isu ini? - Bekas suami Joy
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.
Hakim Syarie, Muhamad Hisyam Zakaria, menetapkan 9 November depan untuk sebutan semula kes tersebut.
Hafiz dan Joy diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.
BACA: 'Jika saya 'kunyit', kemukakan bukti!' - Hafiz Hamidun
BACA: 'Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku' - Hafiz Hamidun
Joy pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: mStar Online
Gempak
Sat Sep 16 2017
Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu. - Foto Astro Gempak
Peguam kemuka saman terhadap kerajaan
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung larangan merokok di kawasan pejabat termasuk milik swasta yang dibuat kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan, bermula 1 Januari 2025.
AWANI Ringkas: Siasat pekerja Puspakom
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelajar maut, motosikal ditunggang bertembung
Dalam kejadian 3.20 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Jemu ‘terkepung’ air, mangsa banjir bina ‘jambatan DIY’
Rosdi Abdullah mengambil inisiatif sendiri untuk membina 'jambatan' dari pintu hadapan rumahnya, sehingga ke jalan raya.
Warga emas, tukang urut antara pasangan ditahan dalam operasi JAIM
Keluar berdua untuk sambut tahun baharu dan menonton pertunjukan bunga api, seterusnya memilih menginap di sebuah hotel kerana 'penat'.
Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852
CAP sering menerima aduan mengenai tindakan perokok di kawasan dobi, selain bangunan tempat kerja serta perhentian bas.
BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.
Larangan menutup wajah di khalayak ramai berkuat kuasa di Switzerland
Mereka yang melanggar larangan ini boleh dikenakan denda sebanyak 1,000 franc Switzerland (AS$1,100).
Warga emas jatuh sungai cari durian ditemukan lemas
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi Isnin lepas mangsa telah jatuh daripada perahu dan dihanyutkan arus deras sungai.
Kes wanita disyaki dibunuh di hotel, dua lelaki warga asing ditahan
Suspek direman selama enam hari hingga 6 Januari untuk membantu siasatan.
Hafiz tak perlu manipulasi masyarakat kata saya tidak serius - Joy Refva
Menurut Joy, tuntutan yang dilakukan di mahkamah adalah jelas dan dia berharap agar pihak Hafiz tidak beremosi dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.
Saya hanya akan bercakap berdasarkan fakta, bukan emosi - Hafiz Hamidun
Menerusi entri yang dimuat naik Hafiz kira-kira pukul 10 malam Isnin, dia memohon maaf sekiranya membuat ramai orang ternanti-nanti kenyataan balas daripadanya mengenai perkara tersebut.