KUALA LUMPUR: Perjalanan seni komposer, jurutera bunyi dan pemuzik Edrie Hashim, 50, bermula selepas menerima hadiah paling berharga daripada arwah datuknya, Ujang Majid, kira-kira 35 tahun lepas.
Hadiah itu berupa sebuah gitar elektrik jenama Orient berharga RM500, yang akhirnya berjaya membentuk dirinya menjadi seorang gitaris unggul di negara ini.
"Ketika itu, saya dalam tingkatan tiga atau empat, saya ada masuk pertandingan Battle Of The Band. Siapa sangka, gambar kami keluar dalam sebuah akhbar dalam kolum Mama Juwie.
"Arwah datuk lihat gambar itu dan dia sangat teruja sehingga bertanya beberapa kali sama ada saya mempunyai gitar atau tidak," katanya ketika ditemui pada pelancaran Open Jam Session @ Ideas KL dan Pameran Istimewa Gitar Edrie Hashim, baru-baru ini.
Menurutnya, alat muzik yang dibeli arwah datuknya di Kompleks Pertama, di sini itu ialah gitar elektrik pertama yang dimilikinya dan mempunyai nilai sentimentalnya tersendiri.
"Ia gitar murah sahaja, namun dengan gitar inilah, saya belajar dan berlatih sehingga berdarah-darah jari dibuatnya. Kalau tak ada gitar ini, tak tahulah kemahiran (bermain) gitar macam mana. Sebabnya, dulu, saya tiada gitar elektrik, hanya ada gitar kapok (akustik) yang biasanya saya main di tepi tembok.
"Dengan gitar ini juga, saya bawa dalam sesi rakaman album kumpulan Chapters dan Gravity selain digunakan untuk membuat persembahan di Singapura," katanya yang turut mengukir "Al-Fatihah" pada papan gitar elektrik itu, khas sebagai tanda terima kasih kepada arwah datuknya yang sentiasa menyokong minatnya dalam dunia muzik.
Pemain gitar kumpulan rock Wings itu berkata gitar elektrik kesayangannya itu adalah antara 12 gitar elektrik miliknya yang bernilai ratusan ribu ringgit antaranya Ibanez dengan harga RM40,000.
"... dan sebab usianya yang sudah menjangkau lebih tiga dekad dan lama tersimpan di rumah ibu, saya restore semula gitar ini dengan harga kira-kira RM4,000 agar kekal terpelihara. Apa yang pasti, setiap gitar ini mempunyai 'ketajaman' bunyi yang berbeza selain memiliki keunikannya tersendiri," katanya.
Kini, gitar elektrik kesayangan milik pengasas Neogendang Records itu boleh dilihat orang ramai apabila dipamerkan di restoran Poolside Bistro di Hotel Ideas, di sini, sepanjang Open Jam Session @ Ideas KL yang berlangsung mulai 16 Jun lepas.
Menurut Edrie, tujuan gitar elektrik itu dipamerkan adalah sebagai simbolik bagi menaikkan semula semangat pemuzik tempatan untuk kembali aktif memeriahkan lagi dunia muzik tempatan.
"Alhamdulillah, saya diberi kepercayaan untuk membawa semula artis tempatan yang mempunyai vokal mantap selain masih relevan dalam industri untuk membuat persembahan secara 'live'.
"Saya bukan sahaja mahu jadikan Open Jam Session ini sebagai hab hiburan tetapi juga memberi peluang kepada artis dalam menyediakan platfom untuk mereka mengadakan persembahan. Saya mahu jadikan projek ini seperti mini Planet Hollywood," katanya
Edrie berkata industri muzik tempatan ketandusan platform untuk artis mengadakan persembahan kerana berkarya bukanlah hanya untuk membuat lagu, sebaliknya turut berkaitan dengan persembahan.
"Artis dan platform perlu jalan seiring. Artis yang membuat persembahan secara live akan memberi inspirasi kepada artis-artis muda di luar sana termasuk mereka yang berminat dalam muzik, untuk suatu hari nanti berdiri di atas pentas dan mengadakan persembahan," katanya yang kini tampil dengan imej berambut pendek selepas menunaikan umrah pada November tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023
Gitar elektrik kesayangannya itu adalah antara 12 gitar elektrik miliknya yang bernilai ratusan ribu ringgit antaranya Ibanez dengan harga RM40,000. - Foto Instagram/ Edrie Hashim
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Hadiah arwah datuk bantu bina karier Edrie Hashim
Hadiah itu berupa sebuah gitar elektrik jenama Orient berharga RM500, yang akhirnya berjaya membentuk dirinya menjadi seorang gitaris.
Ini lagu Hari Raya NFT pertama Malaysia!
Raya kali ini nak bawa kelainan dengan menjadikan lagu raya terbitan Neogendang dalam bentuk NFT.