BINTANG Gegar Vaganza 5 (GV5), Elite yang dianggotai oleh Sasha, Azza dan Linda mengakui mereka melakukan pengorbanan ketika program ini sedang berlangsung.

Berbeza dengan penyanyi solo, mereka tidak cukup masa untuk berlatih sebagai satu kumpulan disebabkan komitmen masing-masing.

"Berbanding peserta solo yang boleh berlatih dimana sahaja, kami pula perlu berkumpul untuk berlatih sebagai satu kumpulan.

"Komitmen dengan kerjaya, keluarga dan anak-anak membataskan kami untuk selalu bertemu, tetapi kami tetap sentiasa berkomunikasi menerusi aplikasi WhatsApp.


"Kami akui, tekanan 'pertandingan' itu semakin dirasakan. Kami berkorban waktu rehat... Kami bertiga dah mula rasa tak cukup tidur, kadang-kadang empat jam, kadang-kadang tiga jam... Makan pun jadi tak betul...

"Jadual makanan kami sudah menjadi tidak teratur sehingga menyebabkan kami sakit perut. Kami bertiga diserang cirit-birit pada masa yang sama dan perut rasa memulas... Kebetulan, semuanya kena serentak," kata Linda mewakili Elite.


Di konsert GV5 akan datang, Elite bakal membawakan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslaw.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.