Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Aqasha mendedahkan dia lebih kerap dan selesa berlatih menyanyi dan menari di rumah terutama depan anak-anaknya Alehandra Ahmad, 6, dan Alaena Ayesha, 5, setiap minggu.
Kata Aqasha, anak perempuannya paling banyak mengkritik dan memberikan semangat termasuk menemaninya berlatih setiap kali menjelang hari konsert.
"Anak-anak saya enjoy tengok Daddy mereka di atas pentas. Merekalah paling teruja melihat saya beraksi setiap minggu.
"Malah, saya lebih banyak membiasakan diri menari di hadapan anak-anak saya di rumah dan bertanyakan pandangan mereka.
"Mungkin mereka pun ada sudut pandangan seni tersendiri," katanya kepada Astro Gempak.
Aqasha memberitahu kebanyakan sesi latihannya dilakukan di rumah dan masih berkesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga walaupun sibuk dengan pelbagai rangka promosi lain GV4.
"Kebanyakan latihan nyanyian dan tarian saya di rumah. Jadi waktu bersama keluarga tidak terjejas pun.
"Cuma, mungkin waktu berkualiti itu sedikit kurang. Itu bukan alasan untuk saya membahagikan masa dengan baik untuk keluarga dan kerjaya saya," kata Aqasha.
Aqasha bakal menyanyikan lagu Juwita (Datuk M. Nasir) sempena minggu kelima konsert GV4 bertemakan Kaum Kerabat.
GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV 4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @theaqasha
Gempak
Thu Nov 23 2017
Aqasha memberitahu kebanyakan sesi latihannya dilakukan di rumah dan masih berkesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
"Jangan salahkan saya, tugas promosi drama tak ada dalam kontrak" - Aqasha
Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4) yang juga teraju utama drama bersiri Misi Laksa dan Laksam, Aqasha menyifatkan tindakannya tidak mempromosikan drama tidak patut dijadikan isu besar.
GV4: Tersingkir, Aqasha akui persembahan bawah par
Aqasha menjadi bintang Gegar Vaganza 4 (GV4) kelima tersingkir selepas Elyana, Haida, Raja Azura dan Ferhad.
Aqasha tersingkir, tujuh bintang mara ke separuh akhir
Perjalanan penyanyi Aqasha di pentas Gegar Vaganza musim keempat berakhir apabila tersingkir pada peringkat suku akhir pertandingan.
GV4: "Enjoy tengok Daddy menari" - Aqasha dedah rutin berlatih depan anak
Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Aqasha mendedahkan dia lebih kerap dan selesa berlatih menyanyi dan menari di rumah terutama depan anak-anaknya Alehandra Ahmad, 6, dan Alaena Ayesha, 5, setiap minggu.
GV4: Pendengar Raku masih belum 'move on' dengan lagu-lagu konsert pertama
Carta Awani Raku versi Gegar Vaganza menyaksikan kesemua lagu yang berada di kedudukan teratas adalah lagu-lagu daripada persembahan di konsert mingguan pertama GV
Untunglah, pereka baju Taylor Swift taja baju Aishah
Pereka fesyen terkenal Amir Kadir akhirnya terpilih untuk menaja busana yang bakal diperagakan oleh Aishah untuk konsert ketiga Gegar Vaganza 4 (GV4) malam esok.
Gegar Vaganza 2017: Konsert minggu pertama kini di Raku
Fenomena Gegar Vaganza musim keempat sudah bermula! Di platform Raku-Awani, anda boleh menikmati 'playlists' peserta minggu pertama GV2017 musim terbaharu ini. Pasti gempak!
Zain, Sein dan Aqasha gabung tubuh syarikat produksi
Tiga sahabat baik Zain, Sein dan Aqasha telah menubuhkan sebuah syarikat produksi yang diberi nama Camworks Sdn Bhd.