MEMAINKAN watak Cheah Liek Hou, pelakon meningkat naik, Jack Tan menceritakan persiapannya dalam menjayakan karakter tersebut menerusi filem Gold.
Watak Yang Mencabar
Menurut Jack Tan, 33, dia mengambil masa selama enam bulan untuk melatih diri bermain badminton selain terpaksa meningkatkan berat badan untuk watak berkenaan.
"Watak ini sebenarnya agak mencabar untuk saya, tapi bila Adrian (pengarah) kongsikan cerita tentang Liek Hou saya terus rasa bersemangat.
"Saya ambil masa enam bulan, di Malaysia sebenarnya agak jarang untuk filem ambil masa selama itu untuk disiapkan. Tapi enam bulan tu saya berlatih main badminton selain naikkan berat badan.
"Tapi bukan senang untuk mainkan watak Liek Hou, dia seorang juara. Jadi saya sentiasa beritahu diri saya sendiri untuk bekerja keras.
"Nasib baik ada Liek Hou sendiri yang bagi saya keyakinan untuk berlakon sebagai dirinya," katanya.
Sekadar info, filem aksi sukan, Gold menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Farid Kamil, Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.
Sinopsis Gold:
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, dia didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.
Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah.
Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.
Saksikan filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment di pawagam 11 Julai seluruh Malaysia. -Gempak
Gempak
Thu Jul 11 2024

Menurut Jack Tan, 33, dia mengambil masa selama enam bulan untuk melatih diri bermain badminton selain terpaksa meningkatkan berat badan untuk watak berkenaan. -Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

#Gold: Jack Tan akui susah mainkan watak Liek Hou, ambil masa 6 bulan untuk latihan badminton
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.

Natasha Sass, Jack Tan jadi 'Sahabat' HWC Malaysia
HWC Coffee Malaysia menyasarkan untuk membuka 40 lagi Kedai Jenama di seluruh Malaysia menjelang 2023.

Warga Malaysia rangkul anugerah aktor terbaik di ACFF 2017
Filem China 'Wolf Warrior 2' memenangi anugerah filem Rencana Terbaik sementara aktres Filipina, Laila Ulao diumumkan Aktres Terbaik menerusi filem 'Women of the Weeping River'.