Sangat legit dan legend.
Itu yang boleh digambarkan saat menonton setiap persembahan dan anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) malam ini.
Tirai AME2019 ditutup dengan menyaksikan Khai Bahar dinobatkan Top Top Meletop (Lelaki) dan Siti Nordiana memenangi anugerah Top Top Meletop (Perempuan).
Khai dapat mempertahankan gelaran terbabit kali kedua berturut-turut selain turut memenangi kategori Penyanyi MeleTOP menewaskan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
AME2019 juga,menghiburkan penonton dengan persembahan yang sangat mengimbau kenangan bersama Ratu Rock Negara, Ella melalui lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah, PPP dan Layar Impian.
Malah, AME19 membawakan segmen khas dengan memberikan pengiktirafan buat lagenda industri seni suara Malaysia Saleem, Anita Sarawak dan Raja Gelek Datuk M Daud Kilau.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang-pemenang AME19:
LAGU MELETOP: Jatuh Bangun
FILEM MELETOP: Munafik 2
HOS MELETOP: Siti Nordiana
FESYEN MELETOP: Syafiq Kyle
PENYANYI MELETOP: Khai Bahar
BINTANG FILEM MELETOP: Syafiq Kyle
COUPLE MELETOP: Nur Fazura & Fattah Amin
SI CILIK MELETOP: Yusoff Al Qardawi.
PELAKON TV MELETOP: Syafiq Kyle.
PROGRAM MELETOP: Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
ARTIS BAHARU MELETOP: Eyra Hazali.
ARTIS LAWAK MELETOP: Jep Sepahtu
PENYAMPAI RADIO MELETOP: Johan
GROUP/DUO MELETOP: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
DRAMA MELETOP: Lelaki Kiriman Tuhan
PROGRAM RADIO MELETOP: JoHaRa Pagi ERA
ANUGERAH KHAS: Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau
Asyraf Roslan
Sun Apr 21 2019

Khai Bahar dan Siti Nordiana diumumkan pemenang Top Top MeleTOP Lelaki & Wanita pada tahun ini. - Astro GEMPAK

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Kes tembakan APMM: Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

Giliran Siti Nordiana, Khai Bahar rangkul Anugerah Top Top Meletop
AME2019 juga,menghiburkan penonton dengan persembahan yang sangat mengimbau kenangan bersama Ratu Rock Negara, Ella melalui lagu Sepi sekuntum Mawar Merah, PPP , Layar Impian.