KISAH pergolakan rumah tangga bukan sahaja sedang ‘melanda’ pasangan selebriti Malaysia tetapi juga di Indonesia.
Selain heboh isu curang penyanyi Virgoun yang kini dalam proses perceraian begitu juga nasib sama dialami pelakon terkenal Ari Wibowo, kini khabar tak enak dikatakan sedang melanda rumah tangga penyanyi kerohanian, Opick.
Rumah tangga pelantun lagu Rapuh dengan Bebi Silvana didakwa sedang bergolak selepas isterinya membuat hantaran di media sosial beberapa hari lalu seakan memberi gambaran hubungannya dengan Opick dilanda badai.
Bebi antaranya memberitahu telah keluar dari rumah bersama anak-anaknya. Dia diketahui berada di kediaman keluarganya di Bandung.
Selepas beberapa hari khabar tersebut menimbulkan spekulasi dalam kalangan masyarakat, Opick akhirnya memberi pencerahan.
Opick menjelaskan kepada pihak media, rumah tangganya berada dalam keadaan baik.
“Saya tidak mahu komen kerana kalau cakap, saya dapat rezeki. Anak-anak semua baik,” katanya ringkas seperti dilaporkan Detik.com.
Bercakap mengenai isterinya keluar daripada rumah bersama anak-anak, Opick menjelaskan mereka pulang ke kampung untuk menziarah ibu mertuanya yang tidak sihat.
“Dia pulang kampung, ibunya tidak sihat selepas menjalani pembedahan.
“Tidak ada masalah, jadi saya terkejut kenapa hal ini (rumah tangga bergolak) pula muncul? Ini yang saya tidak faham,” katanya lagi.
Sementara itu Bebi diketahui sudah menghapuskan hantaran yang dibuat sehingga menimbulkan spekulasi rumah tangga dengan Opick sedang bermasalah.
Dia sebaliknya meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka di Insta Story.
"Mohon doa juga supaya kami berdua (saya dan suami) bisa saling introspeksi diri dan terus mencoba memperbaiki keadaan supaya lebih baik. Amiin YRA," tulis Bebi Silvana dalam Instagram Story miliknya. -Gempak
Gempak
Fri May 26 2023
![Giliran rumah tangga penyanyi Opick didakwa bergolak, isteri mohon doa Giliran rumah tangga penyanyi Opick didakwa bergolak, isteri mohon doa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685096241_TBopick.jpg)
Rumah tangga pelantun lagu Rapuh dengan Bebi Silvana didakwa sedang bergolak selepas isterinya membuat hantaran di media sosial beberapa hari lalu seakan memberi gambaran hubungannya dengan Opick dilanda badai. -Gempak
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Giliran rumah tangga penyanyi Opick didakwa bergolak, isteri mohon doa Giliran rumah tangga penyanyi Opick didakwa bergolak, isteri mohon doa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685096241_TBopick.jpg)
Giliran rumah tangga penyanyi Opick didakwa bergolak, isteri mohon doa
Bebi antaranya memberitahu telah keluar dari rumah bersama anak-anaknya. Dia diketahui berada di kediaman keluarganya di Bandung.
![Opick umum bernikah kali ketiga Opick umum bernikah kali ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81545014077_OPICK.jpg)
Opick umum bernikah kali ketiga
Opick mohon masyarakat mendoakan kerukunan rumah tangganya dengan Bebi Silvana
![Emak Opick meninggal dunia ketika ceramah Emak Opick meninggal dunia ketika ceramah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71537524033_opick_4.jpg)
Emak Opick meninggal dunia ketika ceramah
Emak kepada penyanyi Opick, Hajah Lilik Sholehah meninggal dunia semalam ketika sedang menyampaikan ceramah di kampung halamannya.
![Cerita sebenar Opick yang peminat tak tahu... Cerita sebenar Opick yang peminat tak tahu...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41535983229_opick.jpg)
Cerita sebenar Opick yang peminat tak tahu...
Penyanyi lagu ketuhanan, Opick sememangnya tidak mahu bercerita soal peribadi pada khalayak tapi dia sebenarnya menjadi mangsa salah faham terhadap kes rumah tangganya sebelum ini.
![Penyanyi popular Indonesia, Opick ada tiga isteri? Penyanyi popular Indonesia, Opick ada tiga isteri?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81522199382_Opick.jpg)
Penyanyi popular Indonesia, Opick ada tiga isteri?
Opick dikhabarkan sudah memiliki tiga orang isteri dan khabar itu mula bertebaran beberapa hari selepas berita pemergian Wulan.
![Selepas isteri pertama fail cerai, isteri kedua Opick meninggal dunia Selepas isteri pertama fail cerai, isteri kedua Opick meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71521453613_opick.jpg)
Selepas isteri pertama fail cerai, isteri kedua Opick meninggal dunia
Isteri kedua kepada penyanyi lagu kerohanian Opick, Wulan Mayasari Hanis Sudiyono, 34, dilaporkan meninggal dunia pada 9 malam tadi.
![Kecewa dipoligami, isteri pertama Opick fail cerai Kecewa dipoligami, isteri pertama Opick fail cerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520488820_opick_1.jpg)
Kecewa dipoligami, isteri pertama Opick fail cerai
Isteri pertama penyanyi Opick, Dian Rositaningrum, dilaporkan memfailkan cerai kepada suaminya setelah hampir 16 tahun hidup bersama.
![Melly Goeslaw jadi duta kemanusiaan ke Palestin Melly Goeslaw jadi duta kemanusiaan ke Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71513591731_mellygoeslaw.jpg)
Melly Goeslaw jadi duta kemanusiaan ke Palestin
Penyanyi dan penulis lirik Melly Goeslaw Hoed menjadi duta kemanusiaan ke Palestin baru-baru ini sejak keadaan di sana menjadi lebih genting selepas pengumuman mengenai status kota Baitulmaqdis.