TANAH MERAH: Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang diraikan seluruh umat Islam baru baru ini, Geng GEGAR Fan Club (GGFC) yang merupakan rakan penyokong dan peminat radio nombor satu Pantai Timur tidak ketinggalan meraikannya menerusi program ‘Korban Raya GEGAR 2021’.
Program itu berlangsung dalam suasana penuh kepatuhan prosedur operasi standard (SOP).
Menurut Pengurus Kandungan GEGAR, Raja Nadia Salwana Raja Hisham, disebalik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tidak menjarakkan hubungan antara pendengar dan peminat rangkaian Radio Astro itu.
"Pengagihan daging korban yang dilaksanakan di Tanah Merah, diagihkan sendiri oleh ahli Geng GEGAR Fan Club kepada 145 penerima yang terdiri dari golongan asnaf dan yang memerlukan. Kami melaksanakannya mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Agihan daging korban telah diagihkan kepada 145 buah rumah di sekitar Kampung Batu Hitam, Kampung Banggol Nering dan Kampung Padang Lalang. Sekalung tahniah kepada Penasihat GGFC Arjunasukma, Abe Yie dan rakan GGFC Tanah Merah, Ekhsan, Kamarudin, Noor Azma, Mohd Alhafis, Azhar, Hazzely, dan yang menjayakannya" " katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Raja Nadia lagi, ibadah korban menerusi program itu juga adalah salah satu cara untuk GEGAR berkongsi rezeki bersama peminat di Kelantan selain sebagai tanda terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka kepada jenama GEGAR.
Muhafandi Muhamad
Mon Jul 26 2021
Pengagihan daging korban yang dilaksanakan di Tanah Merah, diagihkan sendiri oleh ahli Geng GEGAR Fan Club kepada 145 penerima yang terdiri dari golongan asnaf dan yang memerlukan. - Foto Astro AWANI
Agenda AWANI: MIHAS@Dubai 2024 - Apa Kita Bawa Pulang?
Sejauh mana MIHAS@Dubai 2024 yang berlangsung baru-baru ini di UAE telah membuka jalan baharu bagi perniagaan Malaysia meneroka pasaran Timur Tengah yang lebih luas? Apa perancangan penganjuran MIHAS selepas ini? Diskusi 9 malam
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
[INFOGRAFIK] Pangkalan Haram Sungai Golok
Berikut adalah info berkenaan dengan pangkalan haram Sungai Golok.
Ahmad Nawab ibarat bapa kepada saya - Ramlah Ram
Beliau yang ditemui ketika menghadiri perjalanan terakhir maestro muzik tanah air itu di Gombak kelihatan sebak sepanjang masa, berkali-kali juga mengesat air matanya yang langsung tidak tertahan daripada gugur.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
604 individu ditahan, rampas barang subsidi lebih RM87 juta
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120 kali
OPPO secara rasmi melancarkan siri flagship Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Siri OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120x
OPPO secara rasmi melancarkan flagship siri OPPO Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Agenda AWANI: COP29 - Kuasa ASEAN Adaptasi Perubahan Iklim
Mengapa isu perubahan iklim harus ditangani secara bersama dan bergerak sebagai satu kuasa rantau ASEAN? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah - Polis
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka seawal 6 pagi untuk pelajar yang menetap di Golok, Thailand pergi ke sekolah di Rantau Panjang mulai 1 Dis ini.
GEGAR Fan Club santuni masyakarat melalui agihan daging korban
Ibadah korban menerusi Korban Raya GEGAR 2021 sebagai tanda terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka kepada jenama GEGAR.