Tahun 2018 menyaksikan perginya bintang-bintang popular dijemput Ilahi. Pemergian mereka tentunya satu kehilangan yang cukup besar, namun sumbangan dan karya mereka akan terus dikenang sepanjang zaman.
AZMIL MUSTAPHA
15 Februari 2018
Pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam akibat sakit jantung.
Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun. Allahyarham meninggalkan lima anak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam.
KHALID SALLEH
23 Julai 2018
Pelakon dan penggiat seni, Khalid Salleh, 70 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Ampang Puteri.
Kesihatan penerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 43 itu mula terganggu sejak tahun lalu.
Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas.
MAHADZIR LOKMAN
3 Ogos 2018
Datuk Mahadzir Lokman ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Shang Ri La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Kematian legenda penyiaran itu diklasifikasikan sebagai kejadian mati mengejut, namun pernah menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur pada September lalu kerana masalah penyakit paru-paru dan buah pinggang.
Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
NIZEN AYOB
6 Ogos 2018
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob meninggal dunia pada pukul 11.55 pagi.
Nizen, 33, meninggal dunia kerana masalah buah pinggang dan dikebumikan di kampung halamannya di Johor.
NURIN MISHA
12 Ogos 2018
Pelakon Nurin Misha atau nama sebenarnya Nur Amisah Abdullah meninggal dunia akibat sesak nafas.
Allahyarham tidak sedarkan diri awal pagi ini di rumahnya di Jalan Ipoh sebelum pasukan perubatan mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia.
Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Bangko Jalan Kuching.
AZREEN MANAN
18 Ogos 2018
Penyanyi era 90-an, Azreen Manan, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser serviks.
Allahyarham disahkan menghidap kanser serviks tahap empat sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
ACAPPAN
14 September 2018
Pelakon komedi terkenal tanah air, Accapan, meninggal dunia pada usia 63 tahun.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga di rumahnya di Taman Puchong Utama akibat kegagalan buah pinggang.
PAK NGAH
25 September 2018
Pejuang irama tradisional, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Tanjung Pinang, Batam.
Allahyarham yang berusia 60 tahun berada di sana bersama isteri atas urusan kerja.
Allahyarham Pak Ngah dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang Kampung Baru, Kuala Lumpur.
SALEEM
14 Oktober 2018
Penyanyi Saleem atau AM Saleem Abdul Majeed, 57, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, selepas 22 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, PPUKM kerana kemalangan jalan raya.
Vokalis Iklim itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Tun Hussein Onn.
ZAIBO
14 November 2018
Pelakon dan pelawak veteran Zainal Ariffin Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan nama Zaibo menghembuskan nafas terakhir akibat kanser esofagus.
Pelakon yang dikenali menerusi penampilannya dalam sitkom Spanar Jaya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat.
RADZI MELISSA
22 Disember 2018
Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa, Ustaz Radzi meninggal dunia selepas rebah ketika menjayakan persembahan untuk sebuah program.
Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd Radzi Abdul Hamid, 52, menjadi artis terakhir mengadakan persembahan bersama rakan lamanya dalam kumpulan Melissa.
Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Sungai Baru, Jitra Kedah.
Madiha Abdullah
Tue Dec 25 2018

AZMIL MUSTAPHA, Zaibo dan Saleem antara nama-nama besar yang dijemput Ilahi pada 2018.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Garis Masa 2018: 'Selamat tinggal, bintangku...'
Sumbangan dan karya mereka akan terus dikenang sepanjang zaman.

Pernah tidur sebilik, Rosyam Nor kenang memori manis bersama Acappan
Rosyam Nor mengenang kembali memori bersama mendiang Acappan yang meninggal dunia pada 14 September lalu.

Acappan sembunyi derita daripada keluarga - Anak
Penderitaan Acappan atau nama sebenarnya R. Samynathan, yang meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang pagi tadi, hanya diketahui keluarganya tiga bulan lepas.

Apa kenangan bersama Acappan, Sabri Yunus buka cerita...
Sabri Yunus berkongsi pengalaman bersama mendiang sepanjang mereka bekerjasama.

Pelakon dan pelawak, Acappan, meninggal dunia
Seniman dilaporkan mengenai kematian beliau sekitar jam lima pagi Jumaat.

Acappan nafi peluk Islam seperti yang viral di laman sosial
Pelawak Acappan menafikan dakwaan memeluk agama Islam seperti yang diviralkan di laman sosial.