PENYANYI Fyna Jebat meluahkan rasa syukur apabila kes melibatkan madunya iaitu Datin Zalina Zaini sudah pun selesai dan hubungan mereka juga akhirnya menjadi baik.
Berharap tiada lagi insiden memalukan, Fyna memberitahu dia dan madunya sudah menarik balik laporan polis yang membabitkan kes pergaduhan mereka pada Januari lalu.
“Alhamdulillah, kami memang sudah berbaik. Selepas ini orang ramai tidak akan boleh nampak lagi insiden seperti yang pernah berlaku tempoh hari.
“Terima kasih, saya tahu ramai yang mendoakan kami. Jadi, teruskanlah mendoakan kebahagian saya dan suami,” katanya kepada Gempak.
Fyna berkata demikian pada satu majlis pelancaran produk di sebuah hotel di Bangi, Selangor pada Jumaat.
Menurut adik kepada penyanyi Ayda Jebat, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk duduk semeja dengan madu.
“Saya tidak kisah jika hendak duduk atau makan semeja. Cuma ketika ini, saya sedang sibuk dengan jadual kerja yang padat.
"Tetapi di pihak dia, saya tidak berani untuk beri sebarang komen,” katanya.
Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Fyna didakwa terbabit dalam pertelingkahan dengan isteri pertama suaminya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan berlaku insiden tarik rambut di dalam restoran tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).
Awal Januari lalu, Fyna mengaku sudah bernikah dengan jurulatih bola sepak popular, Zainal Abidin Hassan. -Gempak
Gempak
Sat Mar 18 2023

Fyna memberitahu dia dan madunya sudah menarik balik laporan polis yang membabitkan kes pergaduhan mereka pada Januari lalu. -Gempak
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

'Pergi makan, berjumpa untuk...' - Zainal Abidin dedah status rumah tangga dengan Fyna Jebat
Zainal akhirnya tampil mengakui dia sememangnya ada berjumpa dan keluar makan bersama Fyna untuk berbincang beberapa masalah yang berbangkit antara mereka.

Anak dakwa Zainal Abidin, Fyna Jebat sudah bercerai?
Nama penyanyi Fyna Jebat kembali menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa sudah bercerai dengan suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Fyna Jebat syukur hubungan dengan madu kini baik selepas insiden gaduh di restoran
Fyna memberitahu dia dan madunya sudah menarik balik laporan polis yang membabitkan kes pergaduhan mereka pada Januari lalu.

Fyna Jebat dapat sokongan suami untuk kembali menyanyi
Datuk Zainal Abidin tidak meletakkan sebarang syarat kepada isteri baharunya itu aktif dalam dunia seni suara.