Lama mendiamkan diri selepas isu putus tuning, Fizz Fairus akui dia mahu menutup buku.

Enggan menoleh ke belakang lagi Fizz ingin memberi tumpuan pada bidang lakonan dan bersyukur segala kemelut telah berakhir.

Tidak mahu mengulas panjang tentang apa yang berlaku Fizz mengatakan dia masih berkawan dengan bekas kekasihnya, Almy Nadia.

Fizz menjadi tumpuan media selepas bertunang dengan wanita yang didakwa isteri orang.

Tidak lama selepas itu, Fizz memaklumkan pertunangan itu telah diputuskan dan mendakwa kemungkinan besar dia terkena buatan orang.

Fizz ditemui di Majlis Lords Tailor bersama finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian.