Almy Nadia akui terkedu apabila ditegur oleh beberapa orang lelaki yang bercakap negatif mengenai fizikalnya.
“Hari ini, dua lelaki cuba tegur saya ‘Dah makin gemuk dan besar’. Suami saya menjawab kerana saya mengandung. Saya pula jawab salah ke mengandung gemuk,” katanya.
Almy berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut, Almy memberitahu dia tidak tahu hendak menajwa atau respon apa apabila ada pihak yang menegur fizikalnya.
“Kalau korang jadi tempat kami apa korang rasa yerk!!! Memang zaman skrg semua nak yg kurus mulus,wlpn mengandung lps lps bersalin ka... klu korang di tempat kami apa yg korang akan jawab yerk... kami taktau nak jawab atau ckp apa terkedu sat,” tulisnya.
Isteri kepada pelakon Fiz Fairuz itu kini sedang sarat hamil anak ketiga.
Pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arianna, 3, dan Aurora, 1.