Personaliti baharu GEGAR itu akan berganding bersama Issey Fazlisham dari jam 6 hingga 10 pagi.
Bro Pagi GEGAR bakal diceriakan lagi dengan pengisian baharu seperti WikiGEGAR, Tahu Ke Dop?, Guano Preh, Skala Bereh; Yang GEGAR, Yang Gogek; Open Table, Abe Salok Madu; dan Bro Talk.
Bersempena dengan sambutan tahun baharu, GEGAR turut menampilkan pengisian terkini di segmen GEGAR 10-3, GEGAR Petang dan GEGAR Malam, setiap hari Ahad hingga Khamis.
Pengisian-pengisian itu adalah seperti berikut:
Bro Pagi GEGAR (Gandingan Fizie Roslan dan Issey Fazlisham dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi)
- WikiGEGAR, Tahu Ke Dop?, di mana Issey dan Fizie akan berkongsi berita dan fakta menarik dari platform media sosial dan portal berita
- Guano Preh, Skalo Bereh, di mana peminat diberi peluang untuk membuat panggilan ke udara dan berkongsi perasaan ataupun aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut.
- Yang GEGAR, Yang Gogek, di mana Issey dan Fizie akan berkongsi berita menarik dan berita yang kurang mendapat perhatian bersama peminat.
- Open Table, topik perbincangan harian bersama pendengar.
- Abe Salok Madu, di mana Issey akan melakonkan watak Abe Salok Madu dan berdikir barat untuk memberi pandangan serta nasihat berkaitan isu tular semasa.
- Bro Talk, di mana Fizie akan berkongsi petikan tentang topik harian bersama peminat.
GEGAR 10-3 (Gandingan Scha Musa dan Shah Muhammad dari pukul 10 pagi hingga 3 petang)
- Lagu SS, di mana Shah dan Scha akan memilih 1 lagu kegemaran masing-masing dan meletakkan lagu-lagu tersebut di TikTok untuk undian pendengar.
- Ko Kenapa Bang?, Scha dan Shah akan membuka satu topik perbincangan dan mereka akan berkongsi pendapat dari sudut pandang seorang lelaki dan seorang wanita.
- Pilihan Lagu atau Karaoke, di mana peminat diberi peluang untuk mendedikasikan lagu atau sesi karaoke bersama peminat pada waktu berehat pejabat.
- Baru @10-3, di mana peminat berpeluang mendengar lagu-lagu terbaharu bersama artis jemputan di GEGAR.
GEGAR Petang (Gandingan Ewan dan Rea dari 3 pukul petang hingga 7 malam)
- FYP Terr, di mana Ewan dan Rea berkongsi info terkini serta perkara tular dalam kalangan komuniti setempat.
- Jolo Ko Pak Dor, di mana Ewan menggayakan watak Pak Dor yang serba tahu dan berkongsi perkara menarik minatnya dalam topik gaya hidup, muzik dan makanan.
- Bbual Sek Kito, di mana peminat diberi peluang untuk berinteraksi bersama Ewan dan Rea tentang topik perbualan harian yang menarik.
- Gali Ilmu, di mana peminat boleh bertanyakan soalan dan menerima perkongsian tentang topik berkaitan agama bersama tetamu jemputan.
Layang Perasaang, di mana peminat boleh membuat permintaan lagu-lagu cinta dan jiwang di udara untuk dimainkan oleh Aswad.
Sebagai tambahan, peminat GEGAR di Pantai Timur turut berpeluang berhibur bersama personaliti-personaliti GEGAR di hujung minggu, pada setiap Jumaat dan Sabtu, dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Segmen-segmen menarik bakal ke udara termasuk Seleksi GEGAR, pilihan lagu terbaik; Senja Pantai Timur, pilihan lagu nasyid terbaik; 90-an GEGAR, pilihan lagu di tahun 90an; Retro GEGAR, pilihan lagu-lagu terbaik dan malar segar; serta banyak lagi.
Sementara itu, Pengurus Kandungan GEGAR, Raja Nadia Salwana Raja Hisham memberitahu, sebagai tambahan, peminat GEGAR di Pantai Timur turut berpeluang berhibur bersama personaliti-personaliti dengan lebih dekat.
"Tahun ini, kita akan banyak turun ke negeri-negeri Pantai Timur," katanya ketika ditemui, di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Raja Nadia berkata, setiap penyampai di GEGAR membawa elemen unik yang akan menyumbang kepada kualiti kandungan dalam penyiaran radio.
Menarik kata beliau, landskap segmen tengah hari diubah dengan meletakkan dua penyampai.
"Kalau kita tengok, mana-mana radio bagi segmen tengah hari hanya ada seorang penyampai, tapi kita buat perubahan dengan meletakkan dua penyampai untuk mengubah landskap.