Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu membina lebih banyak kerjasama dua hala dengan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, persatuan dan masyarakat bagi memantapkan lagi pembangunan industri kreatif negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerjasama strategik seumpama itu perlu sentiasa diperkasa sebagai usaha mewujudkan sinergi industri yang kreatif dan bersifat transformatif.
Beliau berkata Pelan Transformasi Industri adalah contoh kepada pengukuhan dan penjenamaan fungsi yang lebih baik selaras dengan konteks semasa.
"Transformasi ini seharusnya dilihat sebagai sinergi industri yang mampu menjana kepada pembangunan industri filem khususnya dari aspek modal insan yang turut menjadi tunjang industri," katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan program Jom Buat Filem Pendek di sini pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Pengarah Finas Datuk Kamil Othman. Program anjuran Finas dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud itu berlangsung sejak 17 Ogos lalu yang disertai 90 pelajar daripada sembilan sekolah menengah di sekitar Kota Belud.
Antara aktiviti pada program itu adalah ceramah dan bengkel mengenai penerbitan filem pendek, penulisan skrip, latihan amali penulisan skrip dan persediaan untuk penggambaran serta pengenalan lakonan filem.
Salleh berkata program Jom Buat Filem Pendek seumpama itu sangat signifikan sebagai manifestasi kepada usaha pembangunan kemahiran dan kreativiti modal insan dalam industri perfileman.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya, seramai 50,000 pelajar daripada 86 sekolah menengah di luar bandar dan 14 universiti awam seluruh negara menyertai Kelab Pencinta Filem kelolaan Finas yang ditubuhkan sejak 2007 dengan akreditasi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Di Sabah, sebanyak 10 sekolah menengah menjadi anggota kelab itu, dengan 150 orang daripada mereka telah melanjutkan pelajaran dalam bidang industri kreatif di universiti dan politeknik, katanya.
"Ini membuktikan usaha kerajaan untuk menggilap potensi anak-anak muda boleh terus diperkasakan dengan modul-modul interaktif sesuai dengan peredaran masa dan pembangunan teknologi," katanya.
Bernama
Sat Aug 27 2016
![FINAS perlu bina kerjasama dua hala, mantapkan industri kreatif negara - Salleh FINAS perlu bina kerjasama dua hala, mantapkan industri kreatif negara - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466002243_DrSallehSaidKeruak.jpg)
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berucap pada sesi Dialog dan Forum 'Strategic Issues Forum and Corporate Malaysia Roundtable' hari ini. - Foto Bernama
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Anggota UMNO Sabah diingatkan terus komited kepada parti - Salleh Anggota UMNO Sabah diingatkan terus komited kepada parti - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463479175_SallehSaidKeruak.jpg)
Anggota UMNO Sabah diingatkan terus komited kepada parti - Salleh
Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan anggota parti supaya terus komited berjuang untuk parti.
![BN tidak guna muslihat untuk tipu pengundi - Salleh BN tidak guna muslihat untuk tipu pengundi - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463479175_SallehSaidKeruak.jpg)
BN tidak guna muslihat untuk tipu pengundi - Salleh
Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO tidak beroperasi seperti Ali Baba dan tidak menggunakan muslihat bagi menipu pengundi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
![Amalkan pemahaman kesederhanaan demi keharmonian negara - Salleh Amalkan pemahaman kesederhanaan demi keharmonian negara - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41469441815_SallehSaidKeruak.jpg)
Amalkan pemahaman kesederhanaan demi keharmonian negara - Salleh
Kesederhanaan dapat menggarap keharmonian yang menjadi keutamaan rakyat dalam sosiobudaya negara berlatarkan perbezaan dalam pelbagai aspek.
![FINAS perlu bina kerjasama dua hala, mantapkan industri kreatif negara - Salleh FINAS perlu bina kerjasama dua hala, mantapkan industri kreatif negara - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466002243_DrSallehSaidKeruak.jpg)
FINAS perlu bina kerjasama dua hala, mantapkan industri kreatif negara - Salleh
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu membina lebih banyak kerjasama dua hala dengan pelbagai agensi kerajaan.
![FFM28: Anugerah Filem Terbaik terbuka untuk semua - Salleh Said FFM28: Anugerah Filem Terbaik terbuka untuk semua - Salleh Said](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71469940707_DSDrSallehSaid.jpg)
FFM28: Anugerah Filem Terbaik terbuka untuk semua - Salleh Said
Kategori baharu Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan akan diwujudkan pada FMM anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
![Parti baharu Dr Mahathir beri UMNO, BN saingan untuk berjaya - Salleh Parti baharu Dr Mahathir beri UMNO, BN saingan untuk berjaya - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71469940707_DSDrSallehSaid.jpg)
Parti baharu Dr Mahathir beri UMNO, BN saingan untuk berjaya - Salleh
Parti baharu yang akan ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi UMNO dan BN persaingan untuk menjadi lebih berjaya.