Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dijangka memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak lama lagi bagi melindungi kebajikan penggiat seni bebas, kata Pengerusinya Datuk Gerald Hans Isaac.
Beliau berkata skim tersebut bukan sahaja bakal menjamin masa depan pelakon, tetapi juga kru produksi termasuklah jurumekap, runner, pemandu serta penjaga busana yang bekerja siang malam.
"Finas sudah ada kertas kerjanya... perbincangan untuk mekanisme pelaksanaan caruman akan dibuat bersama kedua-dua badan tersebut. Syarat dan kaedahnya akan diberikan oleh mereka bagi mengaplikasi sistem itu dalam industri seni.
"Finas juga akan bertemu dengan pihak pengurusan stesen-stesen televisyen dan syarikat produksi yang karyawan bebas ini bekerja.
"Ada banyak proses yang perlu dilakukan bagi memastikan pelaksanaan itu dapat dijayakan," katanya kepada pemberita sempena hari pertamanya memasuki pejabat, di Finas pada Khamis.
Hans Isaac berkata sudah tiba masanya untuk industri seni diiktiraf sebagai industri profesional, justeru dengan adanya kedua-dua skim tersebut nanti, pengiktirafan itu akan dapat direalisasikan.
Katanya, pengenalan skim tersebut adalah satu daripada 15 manifesto yang dirangka oleh beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang baru sebulan memegang jawatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan 14 lagi manifesto, dengan berkata, "Saya tidak mahu hanya berjanji, saya mahu jayakan sesuatu pelan itu dahulu, pastikan ia dilaksanakan dan apabila dapat keputusannya nanti, baru saya umumkan."
Dalam pada itu, Hans Isaac memberi jaminan beliau tidak akan bersikap berat sebelah dan memihak kepada kroni atau rakan-rakannya dalam memberikan sebarang dana atau geran daripada Finas untuk produksi filem dan televisyen.
"Sekiranya sesuatu permohonan itu melibatkan konflik kepentingan, saya akan tinggalkan mesyuarat dan biarkan lembaga pengarah yang membuat keputusan. Jika mereka mendapat geran daripada Finas berdasarkan merit, tiada siapa boleh persoalkan," katanya.
Beliau turut meminta mana-mana pihak yang ragu-ragu dan skeptikal dengan pelantikan beliau dan Ahmad Idham, agar memberi peluang kepada mereka untuk membuktikan hasil kerja.
"Bagaimanapun, saya menerima maklum balas yang positif, hebat dan mengagumkan daripada pemain industri berhubung pelantikan saya sebagai pengerusi," katanya.
Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan pelakon, pengarah dan penerbit itu dilantik sebagai pengerusi Finas bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa Isnin lepas bagi menggantikan Samsuni Mohd Nor yang menjalankan tugas Pemangku Pengerusi sejak lebih empat bulan lalu. -- Bernama
Bernama
Thu Apr 11 2019
Skim tersebut bakal menjamin masa depan pelakon dan kru produksi termasuk jurumekap, runner, pemandu dan penjaga busana. - BERNAMA/Fail
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRU15: Ahmad Idham bantah pencalonan Aminuddin di Port Dickson
Aminuddin didakwa hilang kelayakan bertanding apabila memegang sesuatu jawatan berpendapatan.
Ahmad Idham genggam PhD selepas tujuh tahun bekerja keras
Ahmad Idham kini memiliki ljazah Doktor Pengurusan dari Universiti Utara Malaysia.
PRU15: Jadi sejarah artis lawan MB - Ahmad Idham
Menurut Ahmad Idham, semestinya akan menjadi sejarah dalam politik tanah air apabila seorang artis bertanding dengan Menteri Besar dalam pilihan raya.
Ahmad Idham dilantik Ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay
Ahmad Idham kini giat memperjuangkan Hab Pendidikan Khas bagi mewujudkan satu sistem sokongan komuniti.
"Tolong tanya menteri kenapa kami diberhentikan" - Idham, Eizlan
Ahmad Idham dan Eizlan juga bingung dan tertanya-tanya apakah alasan yang menyebabkan khidmat mereka ditamatkan.
Idham dilantik Setiausaha Kebudayaan, Eizlan Perunding Kreatif di Kementerian Luar
Pelantikan Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Eizlan Yusof berkuat kuasa hari ini, umum Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
Rozita pikul sementara tugas Ketua Pegawai Eksekutif Finas
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Rozita Waty Ridzuan akan menanggung sementara tugasan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berkuat kuasa esok.
#NoToLanun: Muat naik secara haram? Anda sedang diperhatikan! - Finas
Finas dan agensi berkaitan telah mengesan sumber dan lokasi tempat tinggal individu yang terbabit termasuk aktiviti memuat naik dan berkongsi di laman sosial.
"Saya dan Idham tiada masalah" - Hans Isaac jawab dakwaan tidak sehaluan dengan Idham terajui FINAS
Hans Isaac nafi dakwaan hubungan beliau dengan Ahmad Idham Ahmad Nadzri 'panas' dan tidak sehaluan.
Kontrak Ahmad Idham sebagai CEO FINAS berakhir Mac 2020
Seperti yang sudah dijangka, Ahmad Idham Ahmad Nadzri akan melepaskan kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bermula 10 Mac depan.