KUALA LUMPUR: Teruja, kelakar dan mendebarkan.
Itulah perasaan yang sesuai digambarkan, apabila anda menyaksikan filem terbitan terbaharu Astro Shaw, 'The Experts'.
Bukan sahaja menampilkan barisan pelakon terkemuka tanah air, jalan cerita yang asli dan produksi setaraf antarabangsa, pastinya menjanjikan para penonton pelbagai rasa di dalam sebuah filem.
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
‘The Experts’ menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.
Ini merupakan gandingan pertama kali Aaron, Syafiq, Mimi, Remy dan Ray beraksi sebagai lima adik-beradik yang mempunyai kemahiran tertentu dalam misi mereka.
Watak Aaron (Farid) bertindak sebagai ketua ataupun maestro, Syafiq (Keyrol) sebagai pakar risikan, Mimi (Emma) selaku pakar manipulasi, Remy (Amer) sebagai pakai penyamaran, dan Ray yang memainkan watak Lan sebagai pakar godam.
Naratif dan skrip The Experts adalah hasil idea oleh pencipta francais box office Polis Evo iaitu Joel Soh. Manakala ia diarahkan oleh pengarah Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi.
Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun yang agresif buat Astro Shaw apatah lagi selepas kejayaan filem Sheriff yang mendapat sambutan luar biasa.
“Filem The Experts membawa perspektif baru dalam industri perfileman Malaysia melalui jalan cerita, lakonan serta kualiti produksi. Ia sarat dengan gabungan elemen aksi, komedi, kekeluargaan, dan memaparkan unsur lokal.
“Kami yakin itu adalah ‘formula’ untuk sebuah jalan cerita menarik serta relevan untuk semua golongan penonton.
“Kami berharap, The Experts bukan sahaja dapat diterima oleh penonton kita, tetapi mampu menjadi ‘identiti’ untuk filem aksi heist Malaysia,” tambahnya lagi.
Saksikan filem terbitan Astro Shaw ini dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures dan produksi oleh BlackFlag, di pawagam seluruh tanah air pada 23 Mei hadapan.
Penonton sudah boleh membeli tiket sekarang bermula 17 Mei untuk menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 21 Mei mulai 6.00 petang, iaitu dua hari sebelum tarikh tayangan rasmi filem.
Azib Zikry
Sat May 18 2024

Antara barisan pelakon 'The Experts' terbitan Astro Shaw. - Astro Shaw

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.

Tarik tumpuan dunia, The Experts ditayang di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2024
The Experts dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun.

Diganding sebagai abang dan adik dalam ‘The Experts’, Aaron Aziz dedah sisi lain Syafiq Kyle
Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Aaron berkata dia dapatBerp

Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.

The Experts diserbu! Jadi pilihan warga Johor untuk ditonton di pawagam
Penonton juga memuji karya luar turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.

Filem luar tangguh tayangan, The Experts dan Sheriff jadi pilihan
Penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam baru-baru ini telah memberi peluang kepada filem-filem tempatan untuk menyinar.

The Experts ungguli 'box office', kutip RM5 juta selepas 4 hari tayangan
Rata-rata penonton merasakan babak tersebut amat dekat dengan mereka dan bersetuju karakter adik-beradik tersebut memang wujud.

Peminat cipta rekod tonton 'The Experts' 9 kali di pawagam dalam tempoh 4 hari
PEMINAT setia filem tempatan, Chee Chi Wai berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.

Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di

Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.