Novel fantasi terbitan 2009 berjudul Maze Runner yang merupakan hasil karya James Dashner merupakan antara buku genre fiksyen sains adventure buat golongan muda yang berjaya dan popular.

Diarahkan Wes Ball, filem adaptasi Maze Runner: The Scorch Trials akan menemui penonton mulai, 10 September 2015.

Susulan itu, kemeriahan filem itu telah dibawa ke media sosial oleh penonton melalui hashtag #MazeRunner.

Filem ini dibintangi pelakon muda termasuk Thomas Brody Sanster sebagai Newt, Ku Hong Li sebagai Minho, Blake Cooper sebagai Chuck dan Kaya DeScolario sebagai Teresa, filem kedua dari Maze Runner itu menjadi antara perkara trending di media sosial.

Netizen kini berkongsi pelbagai pandangan positif berkenaan filem tersebut dan ada juga menyatakan perasaan tidak sabar untuk menonton filem tersebut.

Antara pandangan yang diberi ialah filem kedua Maze Runner itu sungguh menyeronokkan untuk ditonton, dan filem itu sekali lagi berjaya memenangi hati penonton.










Filem kedua Maze Runner ini dikatakan bagai peperangan remaja belia, menentang dewasa yang tamak haloba seperti anggota-anggaota WCKD diketuai Ava Paige lakonan Patricia Clarkson dan Aidan Murphy sebagai Janson.