Bertajuk 'A Good Day To Die Hard', filem terbaru siri Die Hard ini cukup dinantikan terutama bagi peminat watak utama John Mcclane.

Filem ini mengisahkan Mcclane yang cuba menyelamatkan anaknya, Jack yang ditangkap oleh pihak berkuasa Rusia.

Namun McClane mendapati tangkapan itu hanya sebahagian daripada rancangan pengganas menguasai dunia.

Penggambaran filem ini dilakukan di Budapest, Hungary selain diarahkan oleh John Moore.

John McClane dilakonkan pelakon handalan, Bruce Willis disamping pelakon lain seperti Jai Courtney dan Mary Elizabeth Winstead.

'A Good Day To Die Hard' akan menemui peminat seluruh dunia pada 14 Februari, namun ditayangkan di pawagam seluruh Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan dan Malaysia pada 7 Februari sempena Tahun Baru Cina.