SIAPA yang tidak kenal patung Barbie? Hampir setiap keluarga memilikinya sebagai permainan anak-anak perempuan mereka.
Malah filem Barbie dalam bentuk animasi juga menjadi kegemaran mereka.
Justeru, apabila Barbie diadaptasi menjadi sebagai filem live-action, bukan sesuatu yang pelik apabila golongan yang paling tertarik untuk menyaksikannya ialah kanak-kanak.
Tetapi adakah filem Barbie benar-benar sesuai untuk tontonan mereka?
Mari kita lihat beberapa fakta mengenai filem itu:
Adakah 'Barbie' filem kanak-kanak?
Tidak, melainkan anak anda benar-benar mendalami norma jantina dan/atau mengetahui maksud istilah "Proustian".
Barbie bermula dengan penuh keseronokan tetapi ia juga membawa tema berat untuk diselami, seperti makna kehidupan dan peranan patriarki.
Adakah 'Barbie' mempunyai tema seksual atau bahasa yang tidak sesuai?
Ia diklasifikasikan sebagai filem PG-13 jadi agak selamat untuk ditonton kanak-kanak.
Jika ada pun elemen seksual, ia dimainkan sebagai jenaka.
Namun terdapat juga perkataan kurang manis didengar dalam lagu "Barbie World" oleh Nicki Minaj dan Ice Spice, yang dimainkan semasa kredit.
Adakah 'Barbie' pengalaman positif secara keseluruhan?
Ya. Selain kelakar dan agak menggembirakan, "Barbie" ialah filem komedi yang menambat hati dan membangkitkan idea dengan mesej yang baik berkaitan feminisme, identiti, keyakinan diri, dan menyayangi diri sendiri.
"Barbie" yang dibintangi Margot Robbie dan Ryan Gosling kini ditayangkan di pawagam di Malaysia.
Agensi
Sat Jul 22 2023

Kanak-kanak pastinya tertarik mahu menonton Barbie, tetapi adakah ia sesuai untuk tontonan mereka?

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Telefon HMD bertemakan Barbie dilancar 28 Ogos
HMD kini mendedahkan tarikh pelancaran rasmi telefon bertemakan Barbie dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos depan.

Golden Globes 2024: Oppenheimer menang besar, Barbie ungguli kategori Box Office
Anugerah gilang-gemilang itu diserikan dengan kehadiran bintang-bintang terkenal dari seluruh dunia.

Barbie atasi Super Mario sebagai filem terlaris di AS tahun ini
Barbie mengatasi filem The Super Mario Bros. Movie, yang sebelum ini memegang takhta itu dengan kutipan AS$574 juta.

'Barbie' terus kuasai kedudukan teratas 'box office' Amerika Utara
Filem komedi fantasi 'Barbie' kekal di puncak carta box office Amerika Utara buat minggu keempat berturut-turut.

'Barbie' ungguli 'box office' Amerika Utara 3 minggu berturut-turut
Filem komedi fantasi Warner Bros. Pictures, 'Barbie' kekal di puncak carta box office (pecah panggung) Amerika Utara buat tiga hujung minggu berturut-turut.

Tuntutan LCS: Selepas haramkan 'Barbie', Vietnam mahu Netflix turunkan drama 'Flight to You'
Sembilan garis putus-putus merupakan isu kompleks berkenaan tuntutan China terhadap beberapa bahagian di Laut China Selatan, yang mana kawasan tersebut turut dituntut oleh Malaysia dan Filipina.

Netizen tegur skirt Mimi Lana makin senteng
Pelakon dan dramatis, Mimi Lana memang cukup sinonim dengan fesyen.

Mattel perkenalkan patung Barbie dengan sindrom Down
Patung itu dihasilkan dengan beberapa ciri yang berbeza dengan patung Barbie lain, antaranya badan yang lebih panjang.

Mattel keluarkan patung Barbie Gloria Estefan
Gloria Estefan Barbie memakai jaket hitam dengan perincian emas dan permata.

Mattel lancar patung Barbie ahli primatologi terkenal Jane Goodall
Diperbuat daripada plastik dikitar semula, ia merupakan sebahagian daripada Siri Wanita Berinspirasi syarikat itu.