Tarikh 3 Julai telah dipilih oleh model dan personaliti media, Felixia Yeap sebagai tarikh dia akan melafazkan dua kalimah syahadah.

Namun, menerusi Facebooknya Felixia atau dikenali sebagai 'amoi berhijab' tidak mahu sebarang liputan media diadakan pada hari pengislamannya.

Menurutnya, bagi berlaku adil, tiada satu pun media yang akan dibenarkan menghadiri untuk menyaksikan pengislamannya itu.



felixia
Sumber Facebook rasmi Felixia Yeap


Kekeliruan dan kekecohan berlaku pagi tadi apabila pihak media telah dimaklumkan mengenai lokasi dan waktu palsu Felixia akan melafazkan syahadah.

Namun kata Felixia, dia tidak tahu mengenainya dan mahu agar pihak yang tidak bertanggungjawab berhenti menyebarkan khabar angin.


felixia
Sumber Facebook rasmi Felixia Yeap

Sementara itu, tarikh 3 Julai itu dipilih sebagai simbolik ke atas 'kelahiran' semula dirinya sebagai seorang wanita muslimah.

Dalam blog rasminya, Felixiayeap.blogspot.com, Felixia secara panjang lebar menceritakan pengalaman hidupnya dan bagaimana hatinya boleh tertarik untuk memeluk agama Islam.

“Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis. Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan” kata Felixia di dalam blognya.

Felixia turut memberitahu di dalam blognya bahawa dia akan mengekalkan nama cina yang diberi ibunya.

“Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal” katanya lagi.

felixia
Sumber Facebook rasmi Felixia Yeap