KUALA LUMPUR: Lebih 20 tahun membina kerjaya dalam bidang seni, pelakon Nur Fazura kini memasang impian untuk mencabar diri dengan membintangi drama bersiri atau sinetron Indonesia.
Pernah membintangi dan menyanyikan lagu runut bunyi filem Bulan Terbelah Di Langit Amerika terbitan negara itu, pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin ini berkata selain mempunyai pasaran lebih besar, sinetron menuntut komitmen yang tinggi serta kekuatan mental.
"Sinetron biasanya melibatkan beratus episod. Malah, kalau dapat sambutan, ada yang sampai 3,000 episod. Justeru, kena bersedia dari segi mental dan fizikal sebab kena tinggalkan anak dan bisnes untuk berkampung di sana.
"Sudah ada tawaran, tetapi saya masih memikirkannya. Selalunya, untuk pilot (perintis) 10 episod dulu," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.
Pernah membintangi beberapa filem Indonesia, antaranya Ayat-ayat Cinta 2 dan Warkop Reborn, Fazura berkongsi yang beliau turut menerima tawaran berlakon filem dari seberang yang dijadual memulakan penggambaran pada tahun ini juga.
Penyanyi lagu Sayangi Dirimu itu turut berkongsi bakal bekerjasama dengan pengarah terkenal negara Erma Fatima, untuk dua drama bersiri yang masing-masing dijadual memulakan penggambaran hujung bulan ini dan September.
"Buat masa ini saya (lebih suka) berlakon drama kerana audiens lebih luas. Semua orang, tak kira lapisan masyarakat, sama ada di bandar atau luar bandar, boleh menonton di televisyen, Saya senang bila karya saya dapat ditonton semua," katanya.
Menyentuh pemilihan watak, Fazura berkata antara yang ditimbangkan beliau ialah kesesuaian dengan imejnya yang bertudung selain cabaran baharu dan membawa mesej baik.
"Watak psiko misalnya, saya belum pernah bawa lagi. Banyak permintaan nak saya buat komedi... kali terakhir ketika membintangi filem arahan Bernard Chauly iaitu Pisau Cukur," katanya, menambah disebabkan berlakon menuntut pengorbanan masa, beliau mahu terlibat dalam karya yang benar-benar menepati keinginannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Fazura berkata selain mempunyai pasaran lebih besar, sinetron di Indonesia menuntut komitmen yang tinggi serta kekuatan mental. - Gambar fail/Bernama
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Fazura impi berlakon sinetron Indonesia
Lebih 20 tahun membina kerjaya dalam bidang seni, pelakon Nur Fazura kini memasang impian untuk membintangi sinetron Indonesia.