PENYANYI terkenal, Faizal Tahir mengumumkan akan berehat seketika dari arena muzik untuk tempoh yang panjang.

Faizal mengumumkan berita tersebut menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram peribadinya pada Jumaat.

“Akan mengambil cuti berehat yang agak lama. Terima kasih untuk segalanya. Sehingga kita bertemu lagi,” tulinya ringkas.


Until i see you again.

A post shared by FT (@faizal_tahir) on


Keputusan yang dibuat Faizal itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan dua sahabat baiknya iaitu pemain gitar terkemuka, Fauzi Samin (Aji) dan pemain bass terkenal tanah air, Kelly yang meninggal dunia baru-baru ini.


Malah foto-foto diakaun Instagramnya juga telah dipadamkan dan hanya tinggal tiga posting di mana dua daripadanya didedikasikan kepada sahabat baiknya itu.

“Dua kehilangan… Dalam masa empat bulan saya sudah kehilangan dua abang, dua sahabat di dalam band saya.

“Kekuatan utama muzik saya. Nadi utama persembahan live saya. Setelah sekian lama mereka berada di sana untuk saya sama ada dalam keadaan susah dan senang, disaat saya memerlukan mereka.

“Mereka telah memainkan peranan besar dalam pembentukan muzik saya dan persembahan secara langsung. Hilang dan tiada ganti kerana saya tidak ada niat langsung untuk mencari pengganti mereka.

“Persembahan secara langsung saya tidak akan sama tanpa mereka. Dan saya percaya selamat untuk saya katakan pada masa ini, bahawa tidak akan ada satu konsert berskala besar yang saya rancang dan berharap untuk memberikan kepada anda semua dalam masa terdekat. Saya tidak boleh…

“Saya tidak percaya dengan kebetulan. Segala perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ini juga merupakan sebagai peringatan dan tanda kepada saya.

“Ya, hati saya berasa sangat luluh. Tetapi saya tahu mereka berdua berada ditempat yang terbaik yang kita boleh bayangkan sekarang.

“Kamu berdua adalah manusia luar biasa, mempunyai hati yang bersih dan Tuhan lebih sayangkan abang-abang saya.

“Untuk saya, masa saya juga pasti akan tiba… Tetapi saya masih berada di sini dan saya percaya pasti ada tujuan, peranan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk memenuhi kehidupan ini sebelum saya dapat bertemu mereka kembali.

“Hanya Allah S.W.T mengetahui segala yang terbaik buat umatnya. Innalillahi wa’inna ilaihi raji’uun – dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali,” tulisnya.

2 gone. In the space of 4 months, i’ve lost 2 of my brothers, the 2 main people in my band. The core of my music. The foundation of my live performances. For so long they were there for me to push me and at the same time to pull me when i needed it. They have played a huge role in the development of my music and live performances. Gone and never to be replaced because i am not looking to replace them. My live performances will never be the same without them. And so i believe it is safe for me to say at this moment, that there will not be that one big full-scale concert i was planning and hoping to give to you all in the near future before i make that step back. I cannot. I don’t believe in coincidences. Everything happens for a reason. And this has its own reason. Its also a reminder and a sign. A sign for me to take that step back. Yes, i am devastated and heartbroken



Entri Faizal itu turut mendapat perhatian daripada rakan-rakannya dari industri hiburan seperti komposer Aubrey Suwito.

Aubrey sependapat dengan Faizal berhubung kehilangan dua pemuzik, Allahyarham Kelly dan Allahyarham Aji yang telah banyak memberi sumbangan pada industri muzik tanah air.

Turut memberi kata-kata perangsang kepada Faizal ialah penganjur konsert dan acara terkenal, Jennifer Thompson serta penyanyi Akim Ahmad.