Selepas lebih 14 tahun menyepi dari radar industri muzik, kumpulan OAG bakal tampil dengan genre baharu dalam single bertajuk Ori.
Menurut vokalis utama OAG atau Old Automatic Garbage (OAG), Mohd. Radhi Razali atau lebih dikenali sebagai Radhi, perubahan selera muzik dalam kalangan pendengar sejak kebelakangan ini mencetuskan keinginannya untuk bersama-sama meraikan kepelbagaian itu.
Sehubungan itu, Radhi membuat keputusan untuk muncul dengan karya yang memenuhi kehendak dan keinginan pendengar kontemporari.
Genre yang menjadi pilihan Radhi ialah dance music atau irama rancak.
“Tahun 2020 merupakan masa yang paling sesuai untuk membuat lagu yang futuristik dan saya rasa rugi jika tidak menjadi sebahagian daripada pengkarya yang menghasilkan lagu moden bagi generasi ini.
“Kita kena turut serta (berkarya), saya tidak prejudis terhadap mana-mana jenis lagu dan saya tak pernah berpendapat muzik dulu hebat, atau muzik sekarang tak menarik.
"Ini kerana pada saya, muzik itu (terhasil) berdasarkan perasaan seseorang dan mewaikili sesebuah era," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada sidang media pelancaran single terbaharu OAG di Petaling Jaya, pada Selasa.
Kata Radhi, sebagai seorang penulis lirik, dia menghormati setiap jenis muzik serta penggemar yang mempunyai kesukaan pada selera masing-masing.
Dalam pada itu, Radhi turut mengingatkan orang ramai bahawa muzik harus datang daripada keunikan dan kreativiti diri sendiri bukan mengikut cita rasa orang lain.
Bertitik tolak pada prinsip itu, Radhi berkata, tema tema dan maksud yang sama menjadi teras di sebalik single terbaharunya yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
Untuk itu, Radhi beirkrar untuk mempromosikan nakshah terbaharunya itu dalam sesi jelajah A New Beginning Tour, band berkenaan sepanjang tahun ini dan 2021.
Kumpulan pop dan alternative rock itu telah mula mencipta kemasyhuran sejak 1992 dan popular menerusi lagu-lagu seperti Generasiku, Senyuman Ragamu dan Akustatik.
Tahun 2006 merupakan tahun terakhir kemunculan OAG dalam industri muzik sebelum mereka membuat keputusan untuk berehat seketika.
Saraya Mia
Tue Jan 28 2020

Radhi akan kembali dengan naskhah baharu selepas 14 tahun berehat dari industri muzik. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.

Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020
Pencapaian itu melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak 4.7 peratus.

Tokyo 2020: Cabaran Azizulhasni dan Shah Firdaus berakhir dalam acara pecut
Bagaimanapun kayuhan emas sebenar 'The Pocket Rocketman" akan dinanti dalam acara kegemarannya iaitu keirin yang akan memulakan saingan pada Sabtu ini.

Hala tuju pasca SPM: 'Ikut minat, jangan ikut rakan'
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disaran mengenal pasti minat dan kemampuan diri sebelum membuat pilihan pendidikan di peringkat tinggi.

Pelaksanaan mandat, adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020
Pelaksanaan mandat dan adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020.

TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas walaupun negara masih berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.

Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020.

2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA
Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) turun 68.1 peratus dan faktor muatan jatuh 19.2 mata peratusan menjadi 62.8 peratus.