Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin merupakan penyanyi kelahiran Pahang yang telah memulakan kerjaya pada usia 16 tahun selepas memenangi satu pertandingan nyanyian Bintang HMI 1995.
Sepanjang kerjaya beliau dalam dunia hiburan, beliau telah memenangi pelbagai anugerah baik dalam dan luar negara. Beliau juga telah digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan pada tahun 2002.
Penyanyi yang cantik ini memiliki ribuan peminat setia yang juga menjadi tunjang kejayaan beliau.
Tiket Konsert Unplugged Siti Nurhaliza yang diadakan baru-baru ini telah mendapat sambutan luar biasa. Kesemua tiket habis dijual! Ternyata penyanyi ini masih diterima peminatnya walaupun sudah dua dekad dalam dunia hiburan tempatan.
Sempena ulang tahun ke-20 penglibatan beliau dalam dunia seni, mari kita lihat empat sebab mengapa Siti begitu disayangi oleh rakyat Malaysia.
Bakat yang hebat
Tidak dapat dinafikan Dato’ Siti Nurhaliza ialah seorang penyanyi yang diberkati dengan bakat yang hebat. Siapa yang tidak menggemari nyanyian Siti? Hampir semua lagu Siti berjaya menarik perhatian pendengar dan kegemilangannya bukan sahaja di negara kita malah juga di luar negara.
Rajin dan tidak berputus asa
Siti membuktikan bahawa kejayaan seseorang tidak hanya bergantung kepada pendidikan yang tinggi. Walaupun Siti tidak memperoleh ijazah, perkara ini tidak menyebabkan beliau untuk berputus asa sebaliknya berusaha untuk mencapai sesuatu dalam kehidupannya. Kemenangan Siti dalam pertandingan Bintang HMI 1995 telah menjadi titik permulaan kerjaya seninya. Dengan usaha yang gigih, kini Siti menerima gelaran Dato’ dan menjadi seorang usahawan terkenal dengan jenamanya sendiri SimplySiti.
Berbudi bahasa
Penyanyi ini tidak pernah berhadapan dengan kontroversi dan sekalipun terpalit cerita yang kurang enak mengenainya beliau bijak menangkis serangan dengan jawapan bernas kepada wartawan. Walau kini berada di puncak kejayaan, Siti tidak pernah bersikap angkuh. Siapa yang tidak sayang kepada artis yang berbudi bahasa seperti Siti?
Paras rupa yang cantik
Siti Nurhaliza berperawakan menarik, cantik dan manis! Tak jemu kita memandang wajahnya. Dengan paras rupa yang manis dan suara yang merdu, penyanyi ini berjaya menawan hati peminatnya.
Kohilah Sekaran
Fri Apr 10 2015
Sempena ulang tahun ke-20 penglibatannya dalam dunia seni, mari kita lihat 4 sebab mengapa Siti Nurhaliza disayangi oleh rakyat Malaysia.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Konsert AR Rahman diharap buka ruang kolaborasi dengan artis tempatan
Perdana Menteri turut tertarik dengan nilai-nilai kemanusiaan, kesenian dan keamanan yang dibawa oleh AR Rahman menerusi muzik.
Belanjawan 2024: Penurunan duti hiburan bakal jadi pemangkin pertumbuhan ekonomi - Fahmi
Penurunan duti hiburan itu mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi terutama melalui aktiviti pelancongan.
Good Vibes Festival: Kerajaan cari solusi bantu artis, vendor tidak dibayar - Fahmi
MyCreative Ventures cari solusi terbaik bagi membantu artis tempatan dan vendor yang tidak mendapat bayaran susulan pembatalan Good Vibes Festival.
'Hampir lima tahun baru dapat lagu Datuk M.Nasir' - Siti Nordiana
Katanya, proses untuk memujuk Datuk M Nasir agak sukar kerana beliau seorang yang teliti dan selektif.
Artis tempatan digesa manfaat teknologi metaverse
Manfaatkan teknologi metaverse dan Non-Fungible Token untuk memacu seni dan teknologi negara ke peringkat seterusnya.
Seramai 12 artis tempatan bantu kumpul dana untuk TAFF
Seramai 12 artis tempatan berbakat akan menampilkan karya agung mereka dalam bentuk token seni unik yang tak boleh ditukar ganti (NFT).
Bukan berbulan madu, Chatime sahkan Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja
Chatime Malaysia jelaskan Neelofa serta suaminya lakukan lawatan kerja di tiga lokasi di zon utara.
Peluang menang kereta dan hadiah lebih RM500,000 dalam Minggu Saham Digital
MSD bertujuan mempamerkan syarikat-syarikat pelaburan PNB dan mendidik rakyat Malaysia dari semua peringkat usia mengenai kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan.
'Anak ditutup mulut dengan kain, ditampar serta disepak berulang kali' - Ani Mayuni
Penyanyi Ani Mayuni mengakui sukar tidur malam apabila mengenangkan nasib anaknya, sulungnya, Wirda Viviana Zairi yang dibuli ketika tinggal di asrama sebuah sekolah di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Empat sebab kenapa Dato' Siti Nurhaliza digemari ramai
Sempena ulang tahun ke-20 penglibatan beliau dalam dunia seni, mari kita lihat empat sebab mengapa Siti Nurhaliza begitu disayangi oleh rakyat Malaysia.