PENYANYI Adira meminta supaya tidak mengaitkan nama Elizabeth Tan yang kononnya menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun.
“Saya harap tiada pihak yang mengaitkan Elizabeth menjadi penyebab kami putus tunang. Saya ada menghubunginya dan berbual-bual dengan Elizabeth.
“Saya buat perkara tersebut kerana saya enggan dirinya rasa bersalah. Saya dan Elizabeth tidak bermusuh, malahan kami berkawan.
“Saya enggan insan bernama lelaki memperkotak-katikkan golongan wanita seperti kami,” katanya seperti yang dilapor BH Online.
Dalam pada itu, Adira juga turut menjelaskan bahawa ikatan pertunangannya bersama Shahrul sudah terputus sejak Mei lalu dan menganggap sebagai suratan takdir.
"Kami sudah putus tunang sekitar kira Mei lalu dan ia sebenarnya tidak ada kaitan dengan sesiapapun termasuklah Elizabeth Tan.
"Puncanya biarlah saya dan dia (bekas tunang) saja yang tahu, tak perlulah untuk saya nyatakan satu persatu. Saya terima ini sebagai takdir dan ketentuan yang sudah tertulis.
"Saya memang serius dalam hubungan ini cuma belum ada rezeki saya untuk hidup bahagia berumah tangga.
"Biarpun kami sudah tiada apa ikatan, saya tak pernah simpan dendam sekelumit pun di dalam hati. Dan saya sudah 'move on',” jelasnya.
Selain itu, Adira juga enggan mengungkit kisah lalu dan mendoakan yang terbaik buat bekas tunangnya itu.
“Saya tidak mahu fikirkan apa-apa lagi dan bagi saya yang lepas itu biarlah berlalu. Tak perlu dikenang lagi.
“Saya doakan yang terbaik untuk dia dan terima kasih atas segalanya.” ujarnya.
Gempak
Sun Jun 28 2015

Adira (kiri) meminta supaya tiada pihak mengaitkan nama Elizabeth Tan yang kononnya menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan dengan Shahrul Nasrun (kanan).

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.

Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red
"Apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang," kata Adira.

Adira fail cerai, suami bantah permohonan
Penyanyi terkenal, Adira Suhaimi memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada Rabu

Adira selamat lahir cahaya mata ketiga
Bayi ketiga pasangan itu lahir pada 1.20 petang, Khamis dengan berat 3.35 kilogram.

Tajuk lagu 'Sembunyi': 'Tak ada kena mengena dengan kisah hidup'- Adira
Penyanyi Adira menjelaskan single barunya, berjudul Sembunyi tidak ada kena mengena dengan kisah hidupnya.

AF Megastar: Muktamad! hanya 12 bintang layak teruskan perjuangan
Setelah berentap pada Konsert AF Megastar Homecoming, akhirnya 12 daripada 24 bintang mara ke konsert seterusnya bermula minggu hadapan.

Elizabeth Tan bukan punca kami putus tunang - Adira
Penyanyi Adira meminta supaya tidak mengaitkan nama Elizabeth Tan yang kononnya menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun.