Kejayaan yang dikecapi dalam masa yang begitu singkat mungkin adalah angan-angan segelintir anak-anak muda.
Bagi Elizabeth Tan, penyanyi yang mula popular dari YouTube pada tahun 2013, ia adalah realiti beliau.
Namun, industri muzik tanah air tidak mudah seperti yang disangkakan.
“Setelah saya keluarkan single 'Knock Knock', ia seperti semua orang mahukan ‘Knock Knock Elizabeth Tan’. Saya bersyukur dengan kejayaan dikecapi tetapi setelah masuk industri ini, saya sedar ada banyak tekanan,” ujar penyanyi berusia 22 tahun itu.
Sebagai bintang yang ‘in’ ketika ini, Elizabeth akui orang ramai juga mempunyai harapan yang tinggi untuk beliau.
“Kadang-kadang saya rasa tertekan kerana orang ramai mempunyai harapan yang tinggi untuk saya dan ada kalanya saya rasa tidak boleh memenuhi harapan itu.
“Kalau boleh saya mahu ambil masa untuk berehat dan fokus kepada latihan vokal dan latihan persembahan pentas. Saya mahu terus memperbaiki diri saya agar saya boleh memenuhi harapan orang ramai,” katanya.
Elizabeth turut berkata selain daripada ibunya, penyanyi terkenal Faizal Tahir juga banyak membantu dengan memberikan motivasi.
Elizabeth merupakan antara artis di bawah syarikat Faithful Music milik Faizal Tahir sejak 2014.
“Dia akan suruh saya rehat kalau saya perlukan rehat. Beliau juga banyak memberi nasihat,".
Walaupun banyak cabaran di dalam industri seni tanah air, Elizabeth akui akan terus berjuang dan berikan yang terbaik.
“Saya sendiri tidak sangka akan menjadi penyanyi. Kalau boleh saya mahu menjadi hos televisyen atau pelakon. Tetapi saya bersyukur dengan apa yang ada dan saya akan terus ‘go with the flow’,” katanya.
Antara nasihat yang diberikan oleh Elizabeth kepada mereka yang ingin menjadi bintang YouTube dan penyanyi rakaman adalah untuk terus menjadi diri sendiri dan harus menjadi seorang yang bijak ketika membuat keputusan.
“Anda perlu mempunyai teman-teman yang bagus, jangan mudah percaya orang di sekeliling dan tahu fakta anda sebelum menandatangani apa-apa perjanjian,” kongsi Elizabeth selepas #AwaniChat yang merupakan sesi soal jawab yang dikendalikan secara eksklusif di Facebook Astro AWANI.
Syafique Shuib
Sat Apr 25 2015
![Elizabeth Tan akui tertekan mahu memenuhi harapan tinggi orang ramai Elizabeth Tan akui tertekan mahu memenuhi harapan tinggi orang ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/81429868466_295x200.jpg)
Elizabeth Tan mahu terus berikan yang terbaik dengan memberi fokus kepada latihan vokal dan persembahan pentas. -Gambar: Astro AWANI/Syafique Shuib
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![#AwaniChat: Hasil penjualan restoran milik Nik Michael Imran terjejas kerana GST #AwaniChat: Hasil penjualan restoran milik Nik Michael Imran terjejas kerana GST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/71431066298_295x200.jpg)
#AwaniChat: Hasil penjualan restoran milik Nik Michael Imran terjejas kerana GST
Nik Michael Imran akan melakukan penjenamaan semula untuk restoran miliknya jika ia terus mengalami penurunan hasil penjualan oleh kerana GST.
![Elizabeth Tan akui tertekan mahu memenuhi harapan tinggi orang ramai Elizabeth Tan akui tertekan mahu memenuhi harapan tinggi orang ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/81429868466_295x200.jpg)
Elizabeth Tan akui tertekan mahu memenuhi harapan tinggi orang ramai
Elizabeth Tan mahu mengambil masa untuk fokus kepada latihan vokal dan persembahan pentas agar dapat memberikan yang terbaik kepada orang ramai.
![#AwaniChat: Elizabeth Tan jawab soalan tentang privasi dan perancangan masa hadapan #AwaniChat: Elizabeth Tan jawab soalan tentang privasi dan perancangan masa hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/51429871183_295x200.jpg)
#AwaniChat: Elizabeth Tan jawab soalan tentang privasi dan perancangan masa hadapan
Penyanyi Elizabeth Tan jawab pelbagai soalan - dari single kedua, ke pengalaman belajar di Amerika Syarikat dan juga perancangan masa hadapan. Betul ke Elizabeth maju jual pancakes?