Elizabeth Tan mula menyanyi dan memuat naik video beliau pada usia 16 tahun pada 2009. Tanpa disangka, kehidupan beliau terus berubah ketika menyanyi lagu asal Joe Flizzow iaitu 'Havoc' pada Disember 2013.

Lagu yang dimuat naik di YouTube terus menjadi 'viral' dan bakat beliau mendapat perhatian penyanyi terkenal Faizal Tahir yang terus mengambil Elizabeth sebagai antara barisan penyanyi di bawah syarikat rakaman Faithful Music.

Lagu 'Knock Knock' dilancarkan pada September 2014 dan Elizabeth adalah antara penyanyi terkenal tanah air.

“Saya sendiri tidak sangka akan menjadi penyanyi. Kalau boleh saya mahu menjadi hos televisyen atau pelakon. Tetapi saya bersyukur dengan apa yang ada dan saya akan terus ‘go with the flow’.

"Semua ini berlaku begitu pantas," akui Elizabeth.

Pada sesi #AwaniChat, AstroAwani.com memberi peluang untuk peminat-peminat Elizabeth untuk kongsi soalan-soalan mereka.

Kepada mereka yang terlepas untuk sertai perbualan ini secara eksklusif di Facebook Astro AWANI, berikut adalah antara 10 soalan yang dilontarkan oleh peminatnya.

Elizabeth Tan
Elizabeth Tan jawab pelbagai soalan - dari single kedua, ke pengalaman belajar di Amerika Syarikat dan juga perancangan masa hadapan ketika sesi #AwaniChat.


EDWAN AIDID: Apa pendapat anda tentang privasi dan bagaimana anda menjaga privasi anda kerana anda ‘lahir’ dari media sosial?
ELIZABETH TAN: Saya percaya privasi sangat penting dan harus dijaga untuk diri sendiri. Ada kalanya, orang akan ganggu di media sosial, jadi kita perlu awas dan jaga apa yang dimuatt naik di media sosial. Tetapi apa yang paling penting adalah untuk menjaga tingkah laku diri sendiri tidak kira di media sosial atau dalam kehidupan sebenar kerana orang akan sentiasa pantau anda.

WM AZKA: Adakah terdapat sesuatu atau kemahiran yang anda mahukan sebelum bermula di dalam industri muzik ini. Atau adakah situasi yang boleh anda lakukan dengan cara berbeza jika diberi peluang?
ELIZABETH TAN: Ya… banyak perkara. Saya berharap saya mempunyai latihan vokal secara profesional.

T AEZ PUTRA: Apa rancangan besar Elizabeth Tan dalam tempoh lima tahun akan datang?
ELIZABETH TAN: Hmm... harap-harap dalam masa lima tahun, saya akan dapat buka perniagaan sendiri, mungkin jual baju atau pancakes. Haha!

SARAH AZHAR: Saya seorang pelajar semester pertama dan ada kalanya saya malas dan tiada motivasi tetapi mempunyai matlamat untuk mendapat keputusan yang bagus. Ada nasihat untuk pelajar macam saya?
ELIZABETH TAN: Cari motivasi anda. Tentukan satu matlamat dan terus usaha ke arah itu.

HAKIMI NADREEN: Pro dan kontra belajar di Amerika Syarikat.
ELIZABETH TAN: Pro: Makanan yang enak, cuaca yang bagus, bandar-bandar baru untuk dikunjungi dan belajar budaya baru. Kontra: Tiada masakan Malaysia, tiada ahli keluarga di sana dan rindu semua kawan-kawan di Malaysia.

SHAH RAHIMIN: Bila nak keluar dengan album penuh? Senang tak nak bekerja dengan Faizal Tahir? Lebih selesa membawa genre apa?
ELIZABETH TAN: Album belum pasti lagi. Lebih selesa bawa genre folk atau jazz

MOHAMAD AMIRUL HAKIMI: Anda suka membuat persembahan secara solo atau bersama band? Kalau band, pernah terfikir untuk membuat band sendiri?
ELIZABETH TAN: Biasanya untuk semua show, saya guna ahli band yg sama.

WANIEY COOL: Apakah tajuk single kedua Lizzy? Apakah haiwan kesukaan Lizzy? Bilakan Lizzy akan lepak bersama ELFians (kelab peminat Elizabeth Tan)?
ELIZABETH TAN: Tajuk tu… kena tunggu sampai lagu dilancarkan; mestilah kuching; lepak dengan ELFians pada bulan Mei ketika pelancaran ELFians. Hehehe

ANDREW LIEW: Siapa ‘celebrity crush’?
ELIZABETH TAN: Ed Westwick! Hehehe…

JIMOL SUMBING: Elizabeth Tan dan Alvin Tan bukan adik-beradik kan?
ELIZABETH TAN: Tentu sekali bukan! (Hahaha!)