Aktor Remy Ishak mengesahkan secara eksklusif kepada Gempak TV dirinya akan bernikah pada 21 Ogos 2021.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, memilih menamatkan zaman bujang bersama wanita pujaan hatinya.
"Jadi Insya-Allah atas persetujuan kedua dua belah pihak, kami akan bernikah pada 21 Ogos 2021 ini di Kuala Lumpur," umum Remy secara eksklusif dalam program Gempak TV yang disiarkan menerusi saluran 104, Astro Ria sebentar tadi.
Bintang filem Sangkar itu mengatakan telah merancang mendirikan rumah tangga dengan kekasih pujaan hati pada Mei lalu.
Rancangan tersebut bagaimanapun tertunda kerana pandemik COVID 19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.30 yang dilaksanakan kerajaan lantaran kes wabak tersebut yang meningkat sejak Mei lalu.
Namun beliau dan bakal isteri akhirnya sepakat meneruskan hasrat menikah pada 21 Ogos 2021 selepas mendapat restu daripada pihak kedua keluarga sekali gus tidak mahu menangguhkan lagi impian mulia ini.
"Ya jika ikut perancangan kami bernikah pada Mei lalu, bersempena dengan bulan Syawal. Tapi disebabkan PKP, ia terpaksa ditunda.
"Bagaimanapun kami memutuskan untuk melangsungkan pernikahan dalam PKP juga pada 21 Ogos ini," jelas Remy lagi.
Menurut Remy majlis pernikahan yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini akan dilaksanakan mengikut protokol dan SOP kesihatan yang telah ditetapkan kerajaan.
"Memandangkan Kuala Lumpur masih dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tidak akan ada keluarga saya yang hadir dari Melaka. Pihak perempuan juga hanya akan diwakili wali untuk menikahkan kami.
"Jadi pernikahan ini akan berjalan sesuai SOP yang ditetapkan di Kuala Lumpur iaitu hanya saya, bakal isteri dan wali sahaja," katanya lagi.
Biar melaksanakan pernikahan dalam musim pandemik dan kekangan SOP membuat beliau tidak dapat melakukan majlis serta menerima tetamu meraikan hari bersejarahnya, Remy tetap bersyukur.
"Perancangan kami memang mahu adakan majlis secara terbuka, ada keluarga, tetamu. Tapi apabila pihak berwajib telah menetapkan syarat hanya beberapa orang sahaja boleh berada dalam majlis, kami akur.
"Ia akan dilaksanakan secara sederhana. Ini pun sudah cukup," tambah Remy.
Sementara itu, Remy memberitahu akan berkongsi lebih lanjut mengenai bakal isteri dan rancangan pernikahannya dalam sidang media khas yang dijadualkan berlangsung secara maya esok pagi.
Gempak
Thu Aug 19 2021
Biar melaksanakan pernikahan dalam musim pandemik dan kekangan SOP membuatkan beliau tidak dapat melakukan majlis serta menerima tetamu meraikan hari bersejarahnya, Remy tetap bersyukur. - Gambar fail
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengintegrasikan teknologi blok rantau (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi serta siasatan bagi memerangi taktik jenayah rasuah yang semakin berkembang.
Cuaca baik di Bintulu, air beransur surut
Selepas 24 jam yang menggetirkan, situasi banjir di Bintulu setakat petang khamis menunjukkan keadaan sedikit reda.
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
3 kali tangguh pernikahan akibat PKP, Remy dan Ezza akhiri penantian 8 tahun
Walaupun tali pertunangan dua tahun mereka berakhir pada 2019, namun ujian itu menjadikan mereka lebih matang dalam perhubungan.
EKSKLUSIF: Remy Ishak sahkan bernikah Sabtu ini
Aktor Remy Ishak mengesahkan secara eksklusif kepada Gempak TV dirinya akan bernikah pada 21 Ogos 2021.