Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya, Ekin atau nama sebenarnya, Nora Asyikin Rahmat berkongsi sikap sebenar Mawi walaupun suaminya sering dikritik oleh masyarakat.
Dalam entri itu juga, Ekin menyatakan rasa kasih dan sayang pada suami tercinta yang digambarkan sebagai seorang yang tidak pernah berubah sikap dan kebaikannya.
"Sayang orang sebelah ni. Dia la orang yang Ekin kenal dari dulu sampai ke hari ini sama je tak banyak beza. Orangnya sangat-sangat jujur, baik hati, suka tolong orang, penyabar, tak suka kutuk-kutuk orang, tak suka membawang, selalu memaafkan orang.
"Walaupun orang dekat luar tu banyak betul yang kutuk-kutuk dia, sakitkan hati dia dan suka ambil kesempatan kat dia. Tapi dia relax dan steady je. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi you dunia dan akhirat. Amin yarabal alamin," tulis Ekin lagi.
Luahan rasa itu menarik perhatian sebilangan besar netizen yang memuji Mawi dan dalam masa sama menyatakan rasa beruntung pada Ekin yang dikurniakan seorang suami yang baik.