DISANGKA panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari.

Selepas dua tahun menyemai cinta, penyanyi Camila Cabello dan Shawn Mendes akhirnya berpisah.

Berita perpisahan itu dikongsikan oleh pelantun lagu "Don't Go Yet" itu menerusi kemas kini di IG Stories.

Menurut Camila, meskipun sudah berpisah, mereka akan tetap menjadi kawan baik.

“Hai semua, kami telah membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan kami tetapi cinta kami antara manusia tetap kuat.

“Kami bermula sebagai kawan baik dan kami akan terus menjadi kawan baik,” katanya menerusi kemas kini di IG Stories.

.

BACA: Shawn Mendes dedah tarikh bercinta dengan Camila Cabello

Gambar terakhir mereka bersama di Instagram

Shawn dan Camila mula menjalinkan hubungan cinta pada 4 Julai 2019.

Kedua-dua penyanyi ini juga pernah merakamkan lagu bersama menerusi lagu "I Know What You Did Last Summer" dan "Senorita".