KUALA LUMPUR:Filem pendek animasi, Batuh Bijanji karya Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfakat Mohd Zulfadhli mengungguli anugerah Best Film by Popular Jury di Festival de Cinema de Alvorada (Fecea), Brazil baru-baru ini.
Kemenangan diraih kedua-dua bakat muda berusia 11 tahun dari Serian, Sarawak itu menerusi kategori sekolah rendah.
Menurut portal Utusan Borneo, filem animasi berdurasi 34 saat itu turut tercalon dalam kategori Animasi Terbaik bagi peringkat sama.
Batuh Bijanji membawa maksud batu perjanjian dalam Bahasa Bidayuh Serian dan menceritakan kisah dua sahabat.
Selain itu, penghasilan karya ini turut dibantu guru mereka, Wan Zulfadli Ad-Dinnie Wan Azmi, Mohd Reduan Patah dan syarikat produksi Wan Zulfadli, D-Mulsion.
Malah penghasilan projek ini turut diselia Kelab Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Sekolah Kebangsaan (SK) Temong, Serian, yang turut dipantau penolong kanan kokurikulum Stanley Ngawah dan diluluskan guru besar Cleveland Raden.
Majlis penganugerahan dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi 'Google Meet' pada 28 November lalu.
Astro Awani
Sat Dec 12 2020
Batuh Bijanji membawa maksud batu perjanjian dalam Bahasa Bidayuh Serian dan menceritakan kisah dua sahabat. FOTO: YouTube / D-Mulsion Production
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Menang filem animasi terbaik, Sarawak hadiahkan insentif RM25,000 buat dua murid
Pencapaian dua murid 11 tahun ini membuktikan pelajar di luar bandar juga mempunyai iltizam yang luar biasa untuk berjaya.
Dua murid 11 tahun di Serian ungguli anugerah filem antarabangsa
Filem pendek animasi, Batuh Bijanji karya Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfakat Mohd Zulfadhli mengungguli anugerah Best Film by Popular Jury di Festival de Cinema de Alvorada (Fecea) ,Brazil.