KUCHING:Kemenangan dua murid tahun lima dari Sekolah Kebangsaan (SK) Temong, Serian yang mengungguli anugerah filem terbaik di Festival de Cinema Escola de Alvorada (FECEA), Brazil mendapat perhatian Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menghadiahkan insentif berjumlah RM25,000 kepada mereka.
Menurut Ketua Menteri Sarawak itu, pencapaian dua anak muda, Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfiqa menerusi filem berjudul 'Batuh Bijanji' ini amat membanggakan pada usia yang begitu muda.
“Apabila saya melihat kejayaan ini, saya merasakan anak kita di peringkat rendah sudah dapat menguasai kemahiran animasi digital. Lebih menarik, mereka dari pedalaman.
Tambah beliau, susulan kejayaan tersebut beliau ingin melihat lebih ramai lagi anak muda di luar sana menceburi bidang yang sama.
Katanya lagi, pendidikan teknologi juga mampu memberi pemahaman yang lebih luas dalam aspek pembelajaran lebih-lebih lagi dalam subjek yang berkait rapat seperti Matematik dan Sains.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan insentif kepada Sekolah Kebangsaan SK Temong, Serian di Pejabat Ketua Menteri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Rabu.
Terdahulu, dua murid berusia 11 tahun dari sekolah berkenaan mengharumkan nama negara apabila karya filem pendek bertajuk ‘Batuh Bijanji’ yang membawa maksud batu perjanjian diumumkan sebagai juara bagi kategori filem terbaik Festival de Cinema Escola de Alvorada (FECEA), Brazil.
Filem animasi berdurasi 34 saat itu turut tercalon dalam kategori Animasi Terbaik bagi peringkat sama.
Batuh Bijanji membawa maksud batu perjanjian dalam Bahasa Bidayuh Serian dan menceritakan kisah dua sahabat.
BACA: Dua murid 11 tahun di Serian ungguli anugerah filem antarabangsa
Sementara itu, bagi guru pembimbing kepada Macgres dan Nabiatul, Mohd Reduan Patah berkata pencapaian kedua-dua murid ini amat membanggakan, sekali gus membuktikan pelajar luar bandar juga mempunyai iltizam yang tinggi untuk berjaya seperti orang lain.
“Saya terkejut pada mulanya dan rakan sekerja saya memberitahu tentang perkara ini. Saya membantu mereka untuk menghantar penyertaan ke pertandingan tersebut.
“Pada tahun lepas juga kami ada menyertainya tetapi hanya mendapat tempat 11 teratas sahaja,” ujarnya.
Namun, setiap kejayaan pasti ada rintangannya. Kata guru tersebut, cabaran utama yang dihadapi mereka dalam penghasilan animasi ini adalah masalah capaian internet.
“Di sekolah kami ada kawasan yang ada line dan ada sesetengah kawasan tiada liputan. Selain itu, anak murid saya juga ada yang terpaksa meminjam gajet daripada ibu bapa untuk menjalani kelas dalam talian,” kata cikgu Reduan.
Selain dia, dua murid berkenaan turut dibimbing Cikgu Wan Zulfadli Ad-Dinne Wan Azmi.
“Saya merasakan anak didik saya mempunyai potensi dan bakat terpendam.
“Sebelum bermulanya projek ini, saya amat kagum dengan kemahiran mereka menggunakan perisian suntingan dikenali sebagai Warkop. Mereka seperti sudah biasa dengan perisian tersebut,” kongsi guru ini kepada Astro AWANI.
Astro Awani
Wed Dec 16 2020
Abang Johari menyerahkan insentif kepada Guru Besar SK Temong, Serian Cleveland Raden serta Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfiqa pada Rabu. -Gambar Astro AWANI
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Menang filem animasi terbaik, Sarawak hadiahkan insentif RM25,000 buat dua murid
Pencapaian dua murid 11 tahun ini membuktikan pelajar di luar bandar juga mempunyai iltizam yang luar biasa untuk berjaya.