PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui dia tidak bermusuhan dengan bekas tunangnya, aktres Elfira Loy biarpun selepas ikatan pertunangan mereka putus.
Menurut Sufian, apa saja yang dilakukan oleh Elfira bukan lagi menjadi kepentingan buat dirinya.
"Saya anggap kami masih berkawan, cuma tidak ada sebab untuk kami saling berhubung.
"Bukan maksud kami bermusuhan, tetapi masing-masing sudah 'move on' antara satu sama lain.
"Bagi saya apa saja yang dilakukan oleh dia, sudah tidak ada kepentingan bagi saya untuk mengambil tahu.
"Cukuplah jika kami mendoakan kebahagiaan masing-masing. Saya mendoakan kebahagiaannya," ujar Sufian.
Tambah penyanyi lagu Di Matamu ini, dia sama sekali tidak mengetahui khabar mengenai Elfira yang difahamkan telah bertunang dengan seorang pengurus besar, Muhamad Faris Khairol Anuar.
"Saya tidak tahu sehingga dimaklumkan oleh media. Saya tidaklah sedih, tertekan atau terkejut apabila mengetahui mengenai perkara terbabit.
"Selepas kami putus tunang, saya sudah tidak mengikutinya mahupun ahli keluarganya di laman sosial. Saya juga tidak mengenali jejaka tersebut," katanya kepada Gempak ketika ditemui usai konsert kelima Big Stage malam tadi.
Tambah penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Terakhir ini, sekarang merupakan masa yang tepat untuk dirinya berhijrah dari Malaysia dan melebarkan sayap ke Indonesia.
"Semua penyanyi mesti ada mempunyai harapan untuk mengintai pasaran negara seberang. Sebelum semua perkara ini terjadi pun, saya sudah lama menanam impian itu.
"Melihatkan apa berlaku sekarang, saya rasa melebarkan sayap ke Indonesia adalah perkara yang tepat untuk dilakukan buat masa ini, bagi mengembangkan lagi bakat saya.
"Keputusan ini bukan saja untuk 'meratapi perasaan' tetapi dijadikan sebagai satu platform untuk menjadi manusia lebih berjaya," katanya.
Sebelum ini, Sufian pernah bertunang dengan Elfira pada 6 Oktober 2017 namun berakhir pada 18 Februari lalu.
Gempak
Mon Sep 03 2018
![Doakan kebahagiaan Elfira Loy, Sufian Suhaimi mahu berhijrah ke Indonesia Doakan kebahagiaan Elfira Loy, Sufian Suhaimi mahu berhijrah ke Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61535932802_dimatamu.jpg)
Sufian pernah bertunang dengan Elfira pada 6 Oktober 2017 namun ikatan itu berakhir pada 18 Februari lalu. - Foto Astro GEMPAK
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Gara-gara didakwa tumbuk bekas tunang, IG Syafie Naswip diserang 'tentera bawang Gara-gara didakwa tumbuk bekas tunang, IG Syafie Naswip diserang 'tentera bawang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41564380002_untitled-design-2019-07-29t125451-204.jpg)
Gara-gara didakwa tumbuk bekas tunang, IG Syafie Naswip diserang 'tentera bawang
Aktor Syafie Naswip menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram (IG) miliknya gara-gara didakwa membelasah bekas tunangnya, pelakon Aishah Azman.
![Netizen kurang senang Remy Ishak kongsi gambar bekas tunang Netizen kurang senang Remy Ishak kongsi gambar bekas tunang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51553493615_befunky-collage_278.jpg)
Netizen kurang senang Remy Ishak kongsi gambar bekas tunang
Gambar dan kapsyen yang dimuat naik oleh Remy itu telah mengundang rasa kurang senang hati oleh segelintir netizen.
![Doakan kebahagiaan Elfira Loy, Sufian Suhaimi mahu berhijrah ke Indonesia Doakan kebahagiaan Elfira Loy, Sufian Suhaimi mahu berhijrah ke Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61535932802_dimatamu.jpg)
Doakan kebahagiaan Elfira Loy, Sufian Suhaimi mahu berhijrah ke Indonesia
Menurut Sufian, apa saja yang dilakukan oleh Elfira bukan lagi menjadi kepentingan buat dirinya.
![Cederakan bekas tunang: Bekas pegawai bank didenda RM800 Cederakan bekas tunang: Bekas pegawai bank didenda RM800](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41491119262_DomesticViolence.jpg)
Cederakan bekas tunang: Bekas pegawai bank didenda RM800
Mohd Naufal melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium, di Setapak, Wangsa Maju di sini pada 11 malam, 16 Mac lepas.
![Adira akui rasa sayang pada bekas tunang masih ada Adira akui rasa sayang pada bekas tunang masih ada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.astrogempak.com.my/Portals/2/0/adira sayang tunang.jpg)
Adira akui rasa sayang pada bekas tunang masih ada
Penyanyi Adira mengakui walaupun dia redha dengan ketentuan Ilahi namun tidak menafikan rasa sayang terhadap bekas tunangnya, Shahrul Nasrun masih ada.