PENYANYI dan pelakon Korea Selatan, Rain, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu mengenainya.
Agensi pengurusannya, Sublime Artist Agency (SAA) menyatakan mereka telah membuat semakan berkaitan maklumat dan khabar angin yang disifatkan sebagai cubaan memfitnah, menyerangnya secara peribadi dan berniat jahat.
“Kami telah menyemak beberapa kiriman dan komen yang menyebarkan maklumat palsu, memfitnah artis kami, menyerangnya secara peribadi dan menyebarkan khabar angin yang tidak sahih.
"Ada YouTuber yang membuat berita palsu demi mendapatkan tontonan, dan mereka menjadi punca berita palsu tersebar dengan meluas.
"Kami akan mengambil tindakan undang-undang. Tidak ada tolak ansur atau kerjasama," kata SAA dalam satu kenyataan.
April tahun lalu, sebuah video yang menggelarkan Rain 'kedekut' tersebar dan mendakwa Rain "tidak akan belanja makan rakan-rakan artis baharu dalam industri biarpun mempunyai aset lebih 80 juta KRW".
Pada 13 Januari, seorang bekas wartawan hiburan memuat naik sebuah video di YouTube dan mengesahkan telah mendapatkan kepastian mengenai dakwaan tersebut.
“Mereka yang bekerja dengan Rain rata-ratanya beranggapan dia seorang kedekut pada awalnya, namun ia tidak benar kerana dia sering memberi hadiah dan makanan kepada mereka. Mungkin ada sebab lain mengapa orang salah faham tentangnya," kata wartawan itu.
Agensi
Sun Jan 16 2022

Rain didakwa "tidak akan belanja makan rakan-rakan artis baharu dalam industri biarpun mempunyai aset lebih 80 juta KRW". - Foto/Instagram

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kalau hidup bawa balik, kalau sudah tiada bawa pulang seperti MH17 - Intan
Intan Maizura Othaman, 34, menaruh harapan tinggi untuk menanti kepulangan suaminya sama ada masih hidup atau sudah tiada lagi.