Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha berkongsi gambar 'didukung' oleh tunangnya, Aidil dan tindakan itu mencetuskan perbalahan antara pengikutnya.
"Hah, dah ringan ke sebab masa jogging tiba-tiba Pak Ngah boleh angkat ibu?
"Apakah rahsia ibu makin ringan daripada dulu? Coming soon," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui tidak selesa dengan gambar yang dikongsikan oleh Fasha dan berharap dia lebih berhati-hati selepas ini ketika berkongsi gambar di media sosial.
Fasha dan Aidil mula rapat sejak tahun 2017 dan telah mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.