PEMENANG anugerah Oscar, Kevin Spacey memohon maaf kepada pelakon Anthony Rapp yang mendakwa Spacey pernah mencuba untuk ‘memancing seks’ daripadanya dalam satu insiden pada tahun 1986.
Ketika kejadian, Rapp hanya berusia 14 tahun dan pelakon Star Trek itu kini berusia 46 tahun.
Spacey menerusi laman Twitter berkata dia terkejut mendengar dakwaan Rapp itu namun mengaku tidak mengingatinya.
Beliau bagaimanapun tetap memohon maaf ‘sejujur-jujurnya’ kepada Rapp dan berkata sekiranya ia berlaku ia semuanya bepunca dari dari sikap buruk pemabuknya.
Rapp mendedahkan insiden itu sewaktu ditemuramah oleh agensi berita BuzzFeed pada Ahad.
Katanya dia hadir pada satu majlis yang dihoskan oleh Spacey sebelum tuan rumah itu membawanya ke bilik tidur.
Spacey kemudiannya menindihkan diri ke atas Rapp.
Mujur Rapp berjaya menolak Spacey yang kelihatan mabuk sebelum berangkat pulang.
Spacey, 58, sebelum ini pernah memenangi anugerah Oscar menerusi filem "The Usual Suspects" dan "American Beauty".
Dia kini muncul dalam siri "House of Cards".
Menerusi kenyataanya itu juga Spacey juga membuat pendedahan dia pernah menjalinkan hubungan bukan sahaja dengan wanita tetapi juga lelaki, sekaligus menamatkan teka-teki peminatnya selama ini.
Agensi
Mon Oct 30 2017
Spacey, 58, sebelum ini pernah memenangi anugerah Oscar menerusi filem "The Usual Suspects" dan "American Beauty". - Gambar fail
Bapa mengaku tidak bersalah cederakan anak dengan lilit leher, lambung ke katil
Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil.
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Pantau Agenda Reformasi: Lori pencabut nyawa, apa tindakan keselamatan?
Ikuti ulasan Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh, mengenai tindakan yang wajar diambil untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya daripada nahas akibat kenderaan berat yang tidak mengikut piawaian keselamatan pihak berkuasa.
Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari sebagai tarikh sebutan kes
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 4 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pegawai kadet ALK UPNM yang didakwa mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh (Oktober 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan Tenaga Buruh Oktober 2024.
NUBE lancar kempen hapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) melancarkan kempen tandatangan bertujuan menghapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1 di ATM antara bank yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Turkiye berhasrta bekalkan tenaga elektrik ke Syria
Turkiye berhasrat membekalkan tenaga elektrik ke Syria dan mengukuhkan infrastruktur kuasanya.
Kerajaan Jepun luluskan draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Daripada jumlah itu, lebih 10 peratus atau 8.7 trilion yen akan digunakan untuk perbelanjaan pertahanan.
Prestasi China dalam pembangunan berkualiti tinggi 2023
Jurucakap Jabatan Statistik Negara (NBS) memaklumkan berhubung dapatan yang tercatat dalam Tinjauan Ekonomi Kebangsaan kelima dalam satu sidang media anjuran Dewan Negara di sini pada Khamis.
Gangguan seksual: Kevin Spacey didakwa lagi, kongsi video 'pelik' di YouTube
Pelakon Kevin Spacey akan didakwa dengan pertuduhan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan gangguan seksual.
Dakwaan seksual Kevin Spacey: Apa yang kita tahu setakat ini
Pelakon Kevin Spacey kini dikecam selepas pelakon Hollywood, Anthony Rapp mendakwa dicabul Spacey ketika berusia 14 tahun.
Didakwa 'pancing seks' remaja lelaki: Pelakon Kevin Spacey mohon maaf
Pemenang anugerah Oscar, Kevin Spacey memohon maaf kepada pelakon Anthony Rapp yang mendakwa Spacey pernah mencuba untuk memancing seks daripadanya pada satu insiden pada tahun 1986.