Berita sedih tersebut dikongsi oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @mynohomar.
“Sempat berbual dengan penyanyi veteren yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi.
“Beliau ada memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diminta keluar dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.
“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera.
“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” tulis Noh.
BACA: Farouk Hussain ajak peminat, rakan artis doakan Hail Amir kembali sihat
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu hadir ke pejabat Noh bagi memohon bantuan rumah PPR.
Turut hadir bersama Uji ke pejabat tersebut adalah anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico serta cucunya.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Noh