PELAKON Diana Danielle menolak tawaran pendamaian membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.
Ia disahkan sendiri oleh peguam syarie mewakili pelakon, Diana Danielle, iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Kata Akberdin, anak guamnya tekad dengan keputusannya untuk mengakhiri perkahwinannya bersama suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil, 42.
“Diana tak mahu semua itu, dia hanya mahu perkahwinannya berakhir. Dia tak perlukan apa-apa kecuali nafkah anak-anak. Dan dia mahu bercerai cara baik.
"Diana juga tidak ada masalah sekiranya Farid mahu berjumpa dengan anak-anak,” katanya.
Semalam, pelakon, Farid Kamil mengemukakan tawaran perdamaian terhadap isteri, Diana Danielle membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.
Tawaran itu diharap mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Farid atau nama sebenar, Farid Kamil Zahari menawarkan sebuah kenderaan MPV, barang kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran tiket umrah kepada Diana.
Tambah Akberdin lagi, Diana mahu menyelesaikan urusan perceraiannya dengan baik serta membenarkan Farid membawa anak-anaknya beraya bersama dengan bapanya.
“Diana sudah beri kebenaran untuk Farid ambil anak untuk raya ini. Dia mengatakan tiada masalah.
"Jadi sehari sebelum Hari Raya, Farid boleh datang dan ambil anak-anak dan sambut Hari Raya di Sungai Petani, Kedah selama beberapa hari.
“Diana tidak akan beraya dengan anak-anaknya pada awal Syawal itu dan bersetuju untuk bercerai selepas itu, dia tidak mahu kembali hidup semula.
“Dia mahu keluar dari perkahwinan itu. Saya juga sudah maklumkan perkara ini kepada peguam Farid, Fakhrul Azman, malam semalam,” katanya.
Bertanya mengenai ketidakhadiran Diana pada prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pagi tadi, Akberdin berkata pihaknya sudah memaklumkan pada peguam mewakili Farid mengenai perkara itu.
“Sulh bukan proses mandatori, kalau proses mahkamah memang kami kena hadir. Sulh adalah perbincangan.
"Saya pun sudah berhubung dengan peguamnya dan kami berbincang mengenai terma-terma. Saya menguruskan perkara itu bersama peguamnya.
“Semalam pun saya sudah maklumkan pada Fakhrul bahawa anak guam saya tidak akan hadir. Saya sudah memberitahu terma-terma untuk menyelesaikan secara baik.
“Tapi saya tak boleh memaklumkan mengenai terma-terma itu buat masa ini. Kita akan susuli dengan draf perjanjian sama ada petang ini atau esok,” katanya.
Tambah Akberdin, pihaknya juga mahu menyelesaikan perkara itu secara global termasuk nafkah anak-anak, sekali gus.
Seterusnya, Farid dan Diana akan menghadiri prosiding penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada sebelah pagi dan prosiding laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, pada sebelah petang 30 Mei depan. -Gempak
Gempak
Wed Apr 12 2023
Diana Danielle menolak tawaran pendamaian membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700. -Gempak
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
#Gold: Farid Kamil bangga terpilih jayakan watak Rashid Sidek
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
Fadzil temani Farid ketika rumah tangga bergolak
"Saya tahu jika dia (Farid) berseorangan ketika berdepan dengan masalah rumah tangga, saya takut dia akan buat benda merepek."
Keputusan hadanah interim dua anak Farid Kamil, Diana Danielle 8 Ogos
Mahkamah menetapkan 8 Ogos depan untuk keputusan inter-parte bagi permohonan hak penjagaan sementara dua anak pasangan pelakon, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle.
Diana Danielle tolak tawaran perdamaian RM319,700, hanya mahu bercerai
Kata Akberdin, anak guamnya tekad dengan keputusannya untuk mengakhiri perkahwinannya bersama suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil, 42.
Farid Kamil pujuk Diana Danielle, tawar pendamaian harta dan tunai RM319,700
Aktor Farid Kamil tampil dengan tawaran pendamaian untuk memujuk isterinya, Diana Danielle sebagai salah satu usaha menyelamatkan keluarganya.
30 Mei sebutan kes hadanah interim Farid Kamil, Diana Danielle
Mahkamah turut melanjutkan perintah interim hadanah secara ex-parte (satu pihak) kepada pelakon Gol & Gincu itu sehingga 30 Mei.
Diana Danielle dapat hak jagaan sementara dua anak
Keputusan berkenaan dibuat selepas pelakon "Imaginur" ini membuat permohonan hadanah pada 23 Mac lepas.
Farid Kamil dipenjara sembilan bulan
Rayuan Farid Kamil untuk ketepi hukuman penjara ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam
Farid Kamil tampar pipi, tendang kemaluan saya - Saksi
Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun polis sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain.
Farid Kamil diingatkan tidak keluar kenyataan berkaitan kes
Majistret Nor Ariffin Hisham membuat teguran itu terhadap Farid, 37, ketika prosiding sebutan semula kesnya di mahkamah hari ini.